Saturday, August 30, 2008

Poster menarik Ramadhan: Sebarkan

Monday, August 25, 2008

Diari Ramadhan

Aktiviti yang patut diamalkan semasa Ramadhan:

1. Melewatkan sahur, menyegerakan berbuka.
Praktikkan sekarang. Biasanya student mesti makan pukul satu dua pagi pastu tidur. Takut bangun lewat sahur konon. Dah tidur lewat, memang la lewat bangun. Cuba tidur awal sikit...! Mesti boleh bangun punya. Berbuka pulak elok dimulakan dengan benda-benda yang manis seperti kurma, zaitun, kuih2 manis atau air2 manis yang sejuk. Sunnahnya makan ringan dulu pastu solat Maghrib berjemaah. Selepas solat, barulah makan berat seperti nasi, mi, kue teow, murtabak, lompat tikam, lompat katak dan sewaktu dengannya.

2. Menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur'an.
Masa ni la nak habiskan baca Qur'an. Bila lagi. Daripada dok buang masa sembang tak tentu pasal yang tak menambah pahala, lagi baik banyakkan amal ibadah di bulan yang berkat. Pahala pun berganda. Yang penting, ikhlas. Bukan menunjuk-nunjuk.

3. Solat tarawih setiap hari tanpa mengabaikannya walau satu malam.
Bulan puasa je ada solat tarawih, bulan lain takde. Satu lagi, tarawih ni sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda tak pernah meninggalkannya walapun ia sunat je. Tapi jangan lupa akhiri dengan witir. Berapa rakaat? Terpulang... 8 rakaat ke, 10 ke, 20 ke, 30 ke, tapi jangan lebih 40 (maksimum). Tak payah gaduh-gaduh nak solat berapa rakaat. Yang penting buat. Jangan tak buat langsung.

4. Bertadarus (jika kelapangan) untuk memperbaiki bacaan tajwid & makhraj.
Baca secara gilir-gilir dalam satu kumpulan. Kalau dalam kumpulan usrah lagi bagus. Kadang2 kita ni perasan je yang bacaan kita bagus tapi bila ditadarus, baru la nampak kesalahannya. Inilah peluang untuk perbaiki bacaan. Mafhum hadis bahawa Baginda tak mengaku umat kalau tak perbaiki atau mencantikkan bacaan Al-Qur'an.

5. Berpeluang qiyamullail pada tiap-tiap malam kerana Lailatul Qadar datang sekali setahun dalam Ramadhan.
Ni lah peluang nak lawan nafsu. Bos besar (syaitan) dah takde. Jadi tujukan pukulan K.O. kepada nafsu dengan bangun qiyamullail. Masa bukan Ramadhan, susah betul nak bangun. Telinga kena kencing syaitan la, kena hempap kulit babi syaitan la, terlupa la sebab syaitan dan macam-macam lagi. Haa.. bila Ramadhan, semua tu dah takde. 'No way to excuse qiyamullail'. Hanya kita berperang dengan nafsu yang telah lemah bila bosnya takde. Jadi, rebut peluang tersebut!

6. Membanyakkan zikrullah.
Cari masa-masa terluang untuk berzikir. Takde masa? Lepas solat maghrib buat apa? Dok terlentang lepas berbuka, boleh pulak. Tu la. Makan banyak lagi. Berzikir la sikit sementara tunggu Isyak. Takde masa jugak? Makan lama sangat kot... sebab kira biji-biji nasi yang dimakan. Biji nasi boleh pulak kira. Tuhan bagi nikmat tak terkira kat kita, apa pasal kita nak berkira-kira pulak untuk berzikir padaNya? Fikir la sendiri...


7. Membanyakkan berdoa semasa berpuasa kerana ia waktu yang mustajab doanya.
Mafhum hadis bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab sama ada puasa wajib atau sunat. Apa lagi, banyakkan doa untuk kebaikan diri kita, ibubapa, kawan2, guru2 serta serta umat Islam seluruhnya sama ada yang hidup atau yang telah pergi di bulan Ramadhan. Doakan juga supaya Allah selamatkan umat Islam yang tertindas di Palestin, Chechnya, Kashmir, Iraq, Mindanao, Myanmar dan negara-negara umat Islam yang lain.

8. Bersedekah dan menjamu mereka yang berpuasa.
Apa? Takde duit? Tak payah nak kelentong la. Kita sanggup berhabis-habisan duit kita untuk dunia, kenapa susah pulak berhabis-habisan untuk akhirat? Mana adil. Tak seimbang. Apa salahnya keluarkan sikit duit tu untuk menjamu orang yang berpuasa. Pahala mereka yang menjamu orang berpuasa sama dengan pahala jumlah mereka yang dijamu. Nak apa lagi? Bergantang2 pahala dapat. Rugi kalau tak buat.

Satu lagi, meriahkan Ramadhan dengan bersedekah kepada umat Islam yang tertindas di luar sana yang sedang hidup dalam kemiskinan dan terhimpit. Dermalah kepada mereka melalui badan-badan amal yang sukarela mengutip derma & sedekah tersebut. Hikmah puasa adalah untuk mengingati mereka yang tertindas dan tidak dapat makanan untuk meneruskan kehidupan. Jangan asyik ingat nak isi perut kita je! Ingat, adakah kita tergamak melupakan umat Islam yang lain sedangkan mereka juga seaqidah dengan kita?

9. Berharap2 supaya akan menemui Ramadhan yang akan datang.
Kita tak tahu bila kita mati. Jadi, dengan harapan menemui Ramadhan yang akan datang, akan dapat menambah pahala ibadah kita sebagai bekalan di akhirat nanti.

"Selamat Datang Ramadhan. Kedatanganmu Dirindui, Pemergianmu Ditangisi..."

Friday, August 22, 2008

Adakalanya....

Adakalanya kita begitu mengharapkan kasih dari seorang insan..
Tapi lupa pada Allah yang pantang menolak cinta hamba-hambaNya..


Allah berfirman: Apabila seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, nescaya Aku akan mendekat padanya sehasta dan apabila dia mendekat padaKu sehasta, Aku mendekat padanya sedepa"
[Hadis riwayat Ahmad dari Abu Hurairah]


Adakalanya kita megharapkan perhatian daripada orang yang prihatin..
Tetapi lupa kepada Allah yang lebih besar perhatianNya kepada kita.., Yang mengatur kehidupan alam setiap hari..


"Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, Yang menciptakan, lalu menyempunakan(penciptaanNya), Yang menentukan kadar masing-masing dan memberi petunjuk"
[Al-A'la: 1-3]


Adakalanya kita begitu mengharap pemberian daripada mereka yang peduli akan kita..
Tetapi lupa akan Allah yang selalu memberikan pelbagai nikmat kepada kita...


"...dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu sungguh zalim lagi ingkar"
[Ibrahim:34]


Adakalanya kita mengharapkan kebersamaan dari seseorang yang sudi mendampingi kita..,Yang menghilangkan rasa kesepian...,
Tetapi lupa kepada Allah yang sentiasa bersama kita...,Yang mendengar setiap rintihan hambaNya...Setiap doa hambaNya..


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia bermohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu"
[Al-Baqarah:186]


Kita tidak dilarang untuk mencintai makhluk, tetapi curahkanlah perasaan itu sekadar berpatutan..Selagi mana tidak melampaui cinta kita kepada Allah, sehingga tidak memungkinkan kita melanggar perintahNya..
Cintalah kekasih kita dalam rangka cinta kepada Allah, sehingga muncul keluarga yang bahagia dan keturunan yang soleh..



Hanya dengan mencintai Allah kita akan mendapat kecintaan yang hakiki, yang tidak akan pudar dan tidak akan mengundang kekecewaan..,
Ia akan membawa kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat,
Kerana ia memberi kita hala tuju yang jelas dan penuh erti...!
Serta tidak tertipu dengan kehidupan dan keseronokan hidup di dunia yang sementara...


~Jika syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang, jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti...Usah gusar dugaan dihadapan, andai hati nekad mengejar cinta Ilahi~



Wahai sahabatku yang dikasihi demi kasihNya...Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain...Cintailah Allah dan RasulNya lebih dahulu sebelum mencintai makhlukNya...Cinta Allah akan kekal abadi...selamanya....Pasti!!

Friday, August 15, 2008

Ayat-ayat Tarbiah 1

"Pakcik... Emm...", Tariq memulakan perbicaraannya. "Ya Tariq. Ada apa?" jawab Pakcik Murabbi. "Pak Cik Murabbi tak boring ke bawa usrah tiap-tiap hari? Bila masa Pakcik luangkan masa dengan keluarga? Bila masa Pakcik boleh berehat?" tanya Tariq dengan nada menguji."Dunia ni bukan tempat berehat, Tariq. Allah s.w.t. ada sebab kenapa kita diciptakan", ujar Pakcik Murabbi. Lalu Pakcik membacakan ayat Al-Qur'an surah Az-Zaariyaat ayat 56 dan menterjemahkannya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku." Seolah-olahnya ayat itu Tariq baru terdengar sedangkan sudah berkali-kali ia sudah khatam Al-Qur'an. "Abdi yang macam mana tu Pakcik? yang macam hamba abdi tu ke?" tanya Tariq dengan penuh perhatian.

"Kalau Tariq biasa tengok tv, apa hamba abdi tu buat bila disuruh tuannya?" tanya Pakcik balik. "Mesti la hamba tu kena buat apa yang disuruh. Mana boleh lawan. Jadi kes dera nanti..." kata Tariq dengan selamba. "Begitulah kita dengan Tuhan kita, Tariq. Kita perlu menjalankan tugas kita sebagai hamba. Dan inilah yang sedang Pakcik lakukan. Pakcik takut Pakcik kena 'dera' di akhirat nanti oleh Allah jika Pakcik tak buat apa yang Tuhan suruh." Tariq tergaru-garu kepala. "Sebagai hamba, apa yang Tuhan suruh kita buat Pakcik?" tanya Tariq. "Ayat-ayat Al-Qur'an bukan turun kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sahaja. Bahkan turun kepada kita sekali. Jadi, segala arahan dan larangan dalam Al-Qur'an juga turun kepada kita." jelas Pakcik Murabbi. Tariq tiba-tiba berkata: "Saya dah nampak Pakcik, saya dah nampak...!".

Barulah nampak sedikit sinar kefahaman di muka Tariq yang terkontang-kanting sebelum ini. "Tugas kita sebagai hamba adalah sama la dengan tugas Rasulullah s.a.w. sebagai hamba dan Rasul, Pakcik?" tanya Tariq. "Ya." jawab Pakcik dengan ringkas sambil mengangguk. "Tugas kita adalah memberi peringatan kepada manusia tentang segala perintah dan larangan Allah." kata Pakcik. Tariq bertanya lagi: "Bukan ke itu kerja tok-tok imam dan ustaz-ustaz? Mereka lebih arif tentang benda ni." "Tariq, Islam yang kita dapat ni bukannya milik ustaz-ustaz dan tok-tok imam saja. Menyampaikan mesej Islam ini adalah tugas semua mereka yang bernama Muslim. Pada zaman awal Islam, Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat supaya menyampaikan Islam kepada keluarga dan sahabat handai. Jika tidak kerana sahabat-sahabat menyebarkan Islam, kita takkan dapat nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi sekarang." jelas Pakcik Murabbi dengan panjang lebar.

Tariq termenung sebentar seolah-olah memikirkan sesuatu yang besar. Ya, memang besar. "Saya fikir Pakcik, umat Islam sekarang lupa tugas mereka yang sebenar." Tariq menyimpulkan. Pakcik Murabbi mengiakan. Lalu ia melafazkan surah Az-Zaariyaat ayat 55 dan memaknakannya: "Dan berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman." Pakcik Murabbi melanjutkan lagi dengan membaca surah Al-Ghashiah ayat 21 yang bermakna: "Maka berilah peringatan, sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan." "Baginda telah tiada. Tugas disambung para sahabat. Sahabat telah tiada. Tugas disambung oleh tabiin, seterusnya tabi' tabi'in bersambung-sambung hinggalah sampai kepada kita tanpa terkecuali. Walaupun ayat itu dituju kepada Rasulullah s.a.w., bila baginda tiada, ayat itu terus ditujukan kepada kita. Jika hanya tugas baginda sahaja menyampaikan Islam, Islam sudah pasti lenyap selepas kewafatan baginda kerana tiada siapa ganti atau menggalas tanggungjawab tersebut." terang Pakcik Murabbi.

"Kalau macam itu, apa yang ana nak sampaikan, Pakcik? Ana bukannya ada ilmu." tanya Tariq. "Anta ni Tariq, banyak songeh la. Yang anta datang usrah kat rumah Pakcik tiap-tiap minggu tu buat apa? Makan je? Apa yang Pakcik sampaikan kepada anta, itulah yang perlu disampaikan pada orang lain. Selebihnya ilmu tu, anta cari la sendiri. Jangan terlalu mengharapkan satu sumber saja sedangkan kita tak menambah langsung bahan-bahan ilmu yang lain. Macam mana nak berkembang?" sound direct Pakcik Murabbi yang agak menusuk kalbu Tariq. "Baik, Pakcik. Roger and out. Tabik spring kat Pakcik.." kata Tariq sambil tabik berulang lagak askar prebet sambil tersenyum walaupun dalam hatinya rasa macam nak 'makan' Pakcik Murabbi sambil membayangkan mulutnya macam mulut naga. "Direct betul Pakcik Murabbi ni. Betul-betul terkena aku. Tapi memang betul pun", akui hati Tariq.

"Tak payah susah-susah la kamu nak tanya lagi. Nanti kamu kena sound lagi, lagi susah. Pakcik Murabbi tu saja je nak sakitkan hati kamu. Tak payah la jumpa Pakcik lepas ni. Buang masa je. Kamu study kan lagi bagus. Kalau rasa boring, main la games atau surfing Internet ke, bagi hilang tension. Tak perlu bersusah payah usrah. Nanti yang nak jawab test ke, exam ke, kamu jugak. Bukannya Pakcik. Kamu nak jawab apa dengan mak ayah kamu kalau kantoi nanti?" tiba-tiba si Azazil menggosok-gosok telinga Tariq sambil berbisik. "Hek Eleh... yang kamu menyibuk tu apa pasal? Tak boleh tengok orang lain senang. Kamu yang sakit hati dengan Tariq sebenarnya. Suka la hati kamu bila Tariq leka nanti. Banyak cantik. Boleh blah!" selar Mulhim pada Azazil sambil menepuk-nepuk bahu Tariq: "Tariq, jangan layan sangat Azazil ni. Penyibuk nombor satu."

"Ya. Aku nak tanya lagi." kata hati Tariq. "Jadi sebab tu lah Pakcik selalu buat usrah?" fokus Tariq. "Ya, Tariq. Sekurangnya-kurang di akhirat nanti Pakcik ada jawapan di hadapan Allah, apa yang Pakcik buat dengan ilmu Pakcik. Pakcik yakin kerana ilmu yang Pakcik sampaikan pada Tariq dan ahli usrah yang lain, antum semua sampaikan pula kepada orang lain. Orang lain pula sampaikan kepada orang yang lain berterusan hingga Hari Kiamat. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu dari tiga bekalan kita di kubur. Jika kebaikan yang kita sampaikan, orang amalkan, maka Pakcik pun dapat pahalanya sekali. Pahala lebih berganda jika yang mengamalkan menyampaikan kebaikan itu kepada orang lain pula." kata Pakcik Murabbi. Sambungnya lagi: "Dan tugas utama umat Islam sekarang untuk disampaikan ialah..." Pakcik Murabbi cuba berteka-teki.

"Islam, Pakcik", jawab Tariq dengan spontan. "Memang la Islam. Tapi spesifik la sikit..." komen Pakcik Murabbi. "Menyuruh buat baik la Pakcik". jawab Tariq lagi. "Kurang tepat", kata Pakcik Murabbi. "Ala Pakcik ni, nak berteka-teki pulak. Bagi jawapan sudah laa... Ingat pop kuiz dalam tv ke? Kalau dapat duit takpe gak." cetus hati Tariq. Tiba-tiba terkeluar dari mulut Tariq: "Selain menyuruh benda yang baik, mesti la kita mencegah benda mungkar dan maksiat, Pakcik." "Haa... tu lah yang Pakcik nak dengar. Tak sia-sia Tariq usrah dengan Pakcik", kata Pakcik Murabbi yang kelihatan gembira sekali. "Saya belasah je, Pakcik, hehe...", ujar
Tariq yang hanya control macho sambil senyum tersipu. Pakcik membaca firman Allah surah Ali Imran ayat 110 dan maknanya: "Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik (kerana) kamu menyuruh membuat kebaikan dan kamu mencegah dari yang mungkar serta kamu beriman kepada Allah..." Pakcik pun pergi ke biliknya di tingkat atas tanpa berkata apa-apa.

"Biar betul Pakcik ni. Blah macam tu je. Aku nak buat apa ni? Nak kata Pakcik suruh stay pun tidak, nak kata suruh blah pun tidak. Buat aku termangu-mangu. Suspen betul Pakcik ni. Kang aku ca alif but (cabut) nanti baru tau...", bisik hatinya. Tidak berapa lama, Pakcik turun dari biliknya. "Nah, ambil ni. Hadiah dari Pakcik", kata Pakcik Murabbi sambil menghulurkan sekeping nota merah RM10. Terkejut Tariq dibuatnya. "Apa ni Pakcik? Tak payah Pakcik susah-susah." telahan Tariq enggan mengambilnya. "Takpe. Ikhlas Pakcik bagi ni..." Pakcik meyakinkan Tariq. "Save jugak duit minyak motor aku seminggu, ambik je laah..", detik hatinya sambil mengambil RM10 tersebut dengan penuh sopan santun, ala-ala Lelaki Melayu Terakhir. "Terima kasih, Pakcik. Kalau ana datang tiap-tiap hari rumah Pakcik, mesti dapat banyak lagi ni", gurau Tariq. "Boleh je..." jawab Pakcik sambil tersenyum.

Langkah baru bermula. Tariq merasakan ada sesuatu yang besar di atas bahunya selepas berjumpa Pakcik Murabbi... Rasa macam nak rebah je jika tidak dipertahankan... Tengok kiri kanan bahunya, takde apapun. "Ish... apa kena aku ni? Rasa macam berat je..."

(Bersambung)

Thursday, August 14, 2008

Ayuh Berinfaq.....ikhwah akhawat

FAST 2 FUND CAMPAIGN is BACK!!!



Rejab, Sya’ban & Ramadhan 1429
..RM 100 per person for Palestine..

Dapat pahala puasa, dapat juga pahala sedekah. 2 in 1, what more we want!!!!

Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya’ban, and perform obligatory fast throughout the month of Ramadhan.

Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.

Calculation Model:
Fast on Mondays & Thursdaysthroughout the month of Rejab & Sya’ban16 days x RM 3.50 = RM 56 Obligatory fasting during month of Ramadhan30 days x RM 3 = RM 90 Total fund = RM 56 + RM 90 = 146 MINIMUM FUND SUGGESTED:RM 100 per person *********************

For bank in purposes:
Pertubuhan Jamaah Islah MalaysiaBank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 orMaybank - No Akaun 5622 0960 8847 Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)E-mail: fast2fund.pal@gmail.com http://fast2fund.blogspot.com/
————-
Last Year Fast 2 Fund Campaign Report - end on Dec 2007 Kempen Fast 2 Fund telah berjaya mengumpul RM 137,500.90 untuk Palestin dan dana tersebut telah disalurkan ke sana sebanyak tiga kali.. Jutaan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan anda.. Semoga Allah memberkati..

p/s: Jika kita perhatikan di dalam al-Quran, ALLAH mesti mengaitkan orang2 yang beriman dgn tunaikan zakat dan bersedekah. Apalah salahnya jika kita memberi sedekah hatta seringgit pun sebagai cara kita membalas nikmat ALLAH yang terlampau banyak ini.

Tuesday, August 12, 2008

What’s makan got to do with tarbiyyah?

Bismillah,

Assalamualaikum. Ape khabar pembaca sekalian?

Saya nak bawak pembaca smua membayangkan diri kita yang kesangatan lapar lantaran tidak sarapan, makan tengah hari dan minum petang pun tidak sempat. Makan malam pun 50-50 je nak makan dek kesibukkan yang melampau. Meeting sampai 3 sehari. Pulak tu ade 2 meeting serentak 1 masa. Tak cukup dengan itu, nak kene siapkan proposal, assignment, study utk test & quiz lagi, jumpa dengan pihak itu ini utk deal tentang event..tak cukup lagi pulak, tiba2 kene panggil utk jaga booth dari jam sekian ke sekian. Kalau tak pergi nanti kata tak komited pulak. Kemudian ade briefing itu ini, masalah kewangan, masalah event itu ini.. ”Wahh..gile betul semua ni. Bila masa aku nak makan kalau camnih??” rintih hati kita.

Dalam situasi begini, konfem punya la kita akan mencari jalan, berusaha sedaya upaya dengan ape cara sekalipun yang termampu, hatta jika terlewat meeting atau tak dapat siapkan assignment/proposal on time, sudah pastinya kita akan berusaha utk mencari MAKANAN. Mencari bekalan untuk mengisi kekosongan perut yang sudah melagukan irama2 keroncong atau gamelan. Waktu itu kita dah membayangkan makanan2 kegemaran kita. Pun begitu, dalam kelaparan tersebut, kita tak kisah kalau makan sekadar roti je ke..atau ape2 sekalipun yg boleh alaskan perut supaya perut tak berbunyi dan sakit.

Malah kita akan rasa nak belasah atau naik marah dengan orang2 yg bertanggungjawab menghalang kita dari mendapatkan hak perut kita itu (makanan).

Di saat itu, makanan sepertinya nikmat yg paling indah dalam hidup. Cube bayangkan time bulan puasa pegi bazaar Ramadhan tuh, cmana terliurnya kita dalam melihat dan membeli makanan. Kata orang, ”rambang mata dibuatnye”.

Namun pernah tak kita bersikap demikian dalam pentarbiyyahan kita? Pentarbiyyahan ini maksudnye usrah la kalau nak mudahnye. Sebab wasilah (jalan) tarbiyyah paling basic adalah usrah. Pernah tak kalau kita tak hadir usrah tu rasanya seperti kelaparan dan boleh jatuh sakit. Sebab kalau tak makan, nanti boleh sakit perut akibat jus asid yg merembes dalam perut. Tahap yang terteruk adalah sampai tahap gastrik.

Begitu jugaklah manusia apabila dia tak mendapatkan pentarbiyyahan yg cukup, ia boleh jatuh sakit dengan masalah-masalah sprt menjauhkan diri dengan Allah, melakukan dosa tanpa rasa bersalah, iman yg tak kukuh, mula melakukan perkara-perkara sia2, semakin hari semakin bertambah tompok hitam pada hati dan lain2 penyakit yg boleh hadir jika tidak mendapatkan makanan rohani ini.

Pernah tak kalau kita takde usrah or sesi menyucikan jiwa at least sekali seminggu, kita berasa begitu lapar dan akan bermati-matian mencari sumber makanan rohani ini utk diisi dalam jiwa kita? Sehingga kita tidak menjadikan ape2 sebagai alasan sebab dalam jiwa kita akan kata ”TAK KIRA!! AKU NAK MAKAN JUGAK!”. Biar kesibukkan kita di tahap mana pun, tapi sebab kita lapar, kita akan berusaha sedaya upaya mencari makanan..makanan rohani. Pernahkah kita berasa demikian?

Atau adakah kita telah mendouble-standardkan hak diri kita? Hak perut kita lebih2kan...tapi hak hati dan jiwa kita abaikan?? ”Ala..peduli ape aku nak gi majlis2 agama ngan usrah nih..aku tak minat la..tak sesuai ngan aku”. Lalu dari mana agaknye makanan jiwa dan hati yang perlu dia peroleh? Adekah dengan hiburan melampau dan enjoy tanpa batas menjadi penyucian jiwa dan rohani kita? For sure orang yang akal dia takde or hati dia gelap je akan kata “YA”. Tapi bagi kita yang sedar kita seorang Muslim, ape sekalipun alasan kita, kita tetap perlu menyucikan jiwa dan ia tidaklah cukup utk sekadar dalam meeting ade ‘sharing session’ atau ‘reminder session’ sprt tazkirah utk menyucikan jiwa. It’s not sufficient enough. Ia diibaratkan sprt makan2 kuih atau snack sahaja kalau ade sesi begitu.

Seorang individu memerlukan sesi yg tersusun dan berterusan utk mendapat input mingguan dan seterusnya mampu disuburkan dalam jiwanya, input-input yg diberikan. Sepertinya makan, kita takleh tinggal walau 1 sesi sebab nanti boleh buat hidup tak aman dan tak selesa dengan kemeradangan perot. Begitu jugaklah sesi usrah itu. Tapi semua ni kita tak pernah fikir atau peduli kan?? Kita lebih gembira dan selesa bile hidup tanpa tarbiyyah dan usrah..kerana kita rasa bebas. Kita merasakan perkara-perkara ini menjadi priority paling rendah dalam list kepentingan kita.

1. Studies
2. Kelab
3. Events
4. Meeting
5. Kawan-kawan
6. Family
7. Games or movies
8. Leissure time..waktu2 melepak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
999. Usrah/Qiam/Iftar jama’’ie

Seolah2nye bile dah habis free smua bende, barulah nak cari yang list terakhir tu kan? Kalau selagi atas tak setel, so..sorry la yg bawah skali tuh nak buat.

Seterusnya, makan akan jadi tidak seronok jika makan sorang-sorang atau kita tak ajak kawan/family/sesiapa sahaja makan bersama kita. Ibaratnye kalau makan beramai-ramai tu perasaannya lebih seronok. Maka begitulah dalam tarbiyyah ini. Ia tidak akan manis dan seronok kalau kita sorang2 je buat penyucian jiwa dan kebaikkan. Kita sorang je nak baik..dapat pahala banyak. Ia bukan sekadar begitu. Sepatutnya kita mengajak lagi sahabat2 lain bersama dalam mengisi jiwa dan rohani. Mengajak orang lain makan bersama, malah ‘belanja’ mereka dengan cita2 kita utk menjadi seorang naqib/naqibah. (Belanja=sampaikan ilmu)

Makan juga tidak boleh berlebihan dalam satu sesi. Begitu jugalah pentarbiyyahan juga tidak boleh dalam dos yang melampau sehingga tepu kepala otak menerimanya dlm 1 sesi. Tapi kita tidak harus berhenti sebelum puas dalam tarbiyyah (tapi kalau makan seeloknye berhenti sblm puas). Kerana tarbiyyah itu ada pelbagai menu yg tidak bosan, cuma mengikut masanya sahaja. Menu ’berkelah’ utk waktu tertentu, menu ’qiamullail’ utk waktu tertentu, menu ’bersukan/riadhah’ dan sebagainya. Sprtnye kita asek makan di satu menu je..lalu kita berasa bosan jika hampir setiap hari dalam semester itu kita makan menu yg sama je. Maka disediakan menu2 lain utk berasai kepelbagaian nikmat makan tuh.

Oleh itu sahabat2ku sekalian, jom semak diri sejauh mana kprihatinan, priority dan tanggungjawab kita dalam menunaikan hak diri ditarbiyyah. Perkataan tarbiyyah ini bukanlah dagang, tetapi kita je yg suka buat dia jadi pelik.

Akhir kata, jika kita mampu berusaha bermati-matian untuk mencari sumber yg melepaskan kehausan tekak dan kelaparan perut kita, maka seharusnya kita bermati-matian utk berusaha mencari sumber yg dapat melepaskan kehausan iman dan kelaparan tarbiyyah kita.

Allah takkan mengubah suatu kaum melainkan ia mengubah dirinya sendiri. [13:11]

Sebelum menamatkan penulisan ini, sama2 kita renung surah Ash-Shams yg bese kita baca;

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Ash-Shams : 8-10]

alkhudri
1 Mei 08
11.52am

Monday, August 11, 2008

Sebelum Terlena (Hijjaz)

Lirik Hijjaz ini amat menginsafkan. Selamat Menghayati.

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi...

Di Sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri...

Nasyidria (Nasyid + Boria)

Nasyid ini dinyanyikan dalam bentuk boria sempena Mukhrin Daerah Petaling 2008 di Impian Country Resort, Hulu Langat pada 27-29 Jun 2008. Sekadar perkongsian.


Assalamu'alaikum kami ucapkan
Kepada semua rakan taulan
Boria Karisma kami persembahkan
Mendendangkan lagu dakwah dan perjuangan (2x)

Tak kira tua atau pun muda
Menegakkan Islam kewajipan semua
Marilah kita berjuang bersama
Menuju redha Tuhan Yang Esa (2x)

Dalam perjuangan perlu bersabar
Pelbagai ujian pasti menyambar
Terkadang diri rasa tercabar
Tapi sabar itu pasti berbayar (2x)

Tarbiah usrah jangan dilupakan
Mendidik manusia ingatkan Tuhan
Janganlah malu janganlah segan
Mari berusrah ajak teman-teman (2x)

Mukhayyam dan tamrin pemangkin du'at
Membimbing du'at memimpin umat
Supaya masyarakat menjadi berkat
Moga selamat dunia akhirat (2x)

Wednesday, August 6, 2008

Usrah, Meeting, Program Dan...?

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada anta dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti anta." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)



Monday, August 4, 2008

Cukuplah Wahai Nafsu...

Bismillah..

Dlm berubah ke arah kebaikn, kite perlukn taufiq dan hidayah dariNya..pohonlah taufiq dan hidayah dari Allah agar mudah utk kite melakukn kebaikn atau berhijrah ke arah yg lebih baik...utk berubah, taufiq turut diperlukn krn taufiq dariNya lah yg akn menggerakkn kita utk melakukn kebaikn.serta jgn lupe bhw syaitan dan nafsu tkkn berdiam diri utk menyesatkn kita..apatah lagi utk org yg mahu berubah ke arah yg diredhaiNya..pasti lebih dasyat dugaannya....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah"wink sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Cukuplah wahai nafsu...

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu?
yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!

Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya.

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kan kucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya Cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan
padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)

Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu
untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..
SiteSearch Google
Google