Thursday, March 20, 2008

Perkongsian Slot Dakwah Fardiah dalam PPNK di Unisel

Pada 20 mac 2008 yang lepas bersamaan hari sambutan maulidur rasul,satu program pembanggunan nuqaba karisma(PPNK) digabungkan dgn program Induksi pelapis Karisma(PIPK) telah diadakan bertempat di unisel shah alam.Program bermula seawal selepas solat subuh dgn tazkirah disampaikan oleh akhi Danny Sarip yang dijemput khas dari Gombak dgn tajuk Tarbiyyah Dzatiyyah.
Kemudian pada jam pada jam 8.30 pagi bermulalah slot dakwah fardiah yang disampaikan oleh abg Ammar.slot dimulakan dgn menarik perhatian para pimpinan daerah petaling melalui kisah SEGELAS SUSU.utk mengetahui cerita yang menarik ini bleh la bertanya pada mereka yang hadir program.
Dalam melakukan dakwah fardiah atau nama lainnya dakwah secara individu,dua perkara perlu ditekankan sebelum dapat menyerapkan masuk seseorang individu kedalam halaqah ataupun usrah iaitu ittisol bil fardi(membina hubungan)dan ikhtiyaar al afrad(memilih.Untuk membina hubungan dgn mad'u, tiada satu cara yang yang rigid yang boleh dilakukan asalkan kita mendapat kepercayaaan drpd mad'u tersebut.dalam proses yang pertama ini,jgnlah terlalu memilih mad'u2 yang mudah utk dicapai sahaja.pergaulan perlu dilakukan dgn semua jenis manusia termasuklah couple2,mat rempit,kaki study,kaki enjoy,wakil MPP dan sesape sahaja.yang penting jgn kita terpengaruh dgn mereka, krn dlm hal ini kita yang ingin mempengaruhi mereka utk mengamalkn islam dan membela islam.antara tips yg diberikan oleh abg ammar adalah hendaklah kita berbicara dgn mereka mengikut bahasa yang mudah mereka fahami.perkara ini perlu dilatih kerana jika komunikasi yang baik tidak berlaku akan menyebabkan mad'u jauh dari kita.
Selain itu, mencari mad'u junior yang sama jurusan dgn kita adalah lebih mudah dan effective.ini krn selalunya junior akan lebih mudah respect pada senior dan kekerapan berjumpa adalah tinggi di fakulti. Setelah kita berjaya membina hubungan dgn semua mad'u tibalah masa
utk memili target(ikhtiyaar al-afrad). pemilihan perlu dilakukan dgn baik agar proses penyerapan dlm halaqah dpt dilakukan dan matlamat akhir usrah tercapai iaitu utk membina peribadi muslim yang menggerakkan islam.terdapat dua jenis gologan mad'u dlm proses
pemilihan iaitu anasir taghyir(anasir perubah) dan qabil itaghyir (mereka yg sedia berubah)
anasir perubah adalah mereka2 yang mempunyai jawatan tinggi dlm organisasi atau mereka yang mudah mempengaruhi kwn2 yg lain.contohnya wakil MPP. ketua pasukan bola sepak,ajk surau, ketua samseng dan sebagainya.anasir2 ini penting kerana once kita dpt pengaruhi
dia,mudahlah kwn2 dia yg lain nk join.tp masalahnya anasir ni adalah mereka sukar hendak beri comitment pd program kita sbb ade kerja lain..
Anasir yg bersedia utk berubah(qabil litaghyir) pula adalah mereke2 yg mudah dipengaruhi. selalunya mereka mudah mengikuti program2 yg kita anjurkn krn mereka mempunyai masa terluang.oleh itu lakukanlah pemilihan dgn bijak..ia juga memerlukan kesesuian dgan diri kita sama ada kita mudah mempengaruhi anasir taghyir ataupun qabil litaghyir. Inilah perkara yg dapt dikongsikan sebelum membawa seseorg mad'u itu masuk dlm usrah.meskipun mudah secara teori ttp memerlukn byk pengorbanan dalam melaksanakn dakwah fardiah.

peringatan bersama: hidayah itu dtg dari ALLAH dan ALLAH jua lah yg mampu membolak-balikkan hati manusia.oleh itu berakhlaklah dgn akhlak yg baik dgn sesiapa pun..moga2 ALLAH memberi hidayah pd mereka utk bersama2 dgn kita dlm perjuang ini.
SiteSearch Google
Google