Tuesday, December 23, 2008

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki renc ana -renc ana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki renc ana 2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' ker ana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaim ana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan ana k- ana k dan mereka akan menirunya.

Begitulah ana k- ana k .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.




Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun

Sunday, November 23, 2008

Bengkoknya Wanita

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "



*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Coretan editor: Penulis asal artikel ini tidak dapat dikenal pasti. Apa yang pasti artikel ini sudah pun dipaparkan di laman web yang lain. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan huraian lanjut berkaitan tulang rusuk yang bengkok, anda boleh melayari laman web ini. Sila KLIK-----> al-ahkam.net

Tuesday, November 11, 2008

Rayuan Qurban 1429 H

Rayuan Qurban menjelma lagi.
Untuk maklumat lanjut sila layari:


Daging Qurban dan Aqiqah akan disalurkan kepada
umat Islam yang memerlukan di serata dunia.

Hanya RM300.00 satu bahagian.

Sila download katalog dan borang
rayuan Qurban 1429 H di sini:






Baitul Muslim: Satu Dialog

Dialog ini tidak menggambarkan pendirian penulis.
Dialog ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana individu,
sama ada yang hidup atau yang telah pergi.
Sekadar berkongsi pandangan untuk pertimbangan pembaca.

Soalan: Boleh ke Ikhwah Kahwin Dengan Bukan Akhawat?

Ikhwah A: Ana rasa boleh je. Jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Kalau telah ditakdirkan dengan bukan akhawat, nak buat camne?

Ikhwah B: Mana boleh camtu. Betul jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Tapi di mana usaha manusia? Cukup dengan berserah saja? Memang Allah telah mentakdirkan jodoh kita, tapi manusia berikhtiar mencari jodohnya yang sesuai.

Ikhwah A: Bukan akhawat pun orang Islam jugak. Takkan tak boleh? Bukankah telah cukup syarat utama dalam hadis Nabi s.a.w. supaya pilih agama wanita tersebut untuk berkahwin?

Ikhwah B: Yang tu Islam secara umum. Islam belum tentu beriman. Iman pun tengok dulu tahap keimanan. Jika Islam sahaja, tapi imannya kurang, lebih baik pilih akhawat. InsyaAllah imannya lebih ok berbanding dengan bukan akhawat.

Ikhwah A: Kalau bukan akhawat ni kuat imannya, agamanya, ana rasa tiada masalah. Lagi senang kita ajak dia ke arah dakwah.

Ikhwah B: Enta boleh jamin ke tiada masalah? Enta yakin ia senang diajak ke arah dakwah? Ana yakin biar kuat agama sekalipun, belum tentu ia faham tugas dakwah. Berbanding dengan akhawat, ia sudah faham akan tugas dakwah. Jadi, insyaAllah, tak payah ajak ke arah dakwah. Akhawat dah memang faham tugas dakwah dan lakukan dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, sampai bila dakwah nak berjalan? Macam mana kita nak ajak bukan akhawat jadi akhawat? Bukankah kahwin dengan bukan akhawat ni salah satu usaha dakwah ke atas mereka?

Ikhwah B: Banyak lagi cara dakwah yang lain. Mengapa difokuskan kepada kahwin sahaja? Jika boleh dakwah pada isteri sekalipun, ia komponen yang kecil, hanya seorang sahaja. Kita nak dakwah ramai orang. Dakwah ni memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Isteri yang bukan akhawat, yang tak faham dakwah dah tentu komplen jika si suami yang mengorbankan masa dan tenaga kerana program dakwah. Dah tentu konflik akan berlaku.

Ikhwah A: Sebab itu persefahaman penting. Si suami perlu memahamkan si isteri yang bukan akhawat ni. Jika berbincang, insyaAllah tak berlaku konflik.

Ikhwah B: Konflik dan perbincangan itu pun dah ambil masa untuk diselesaikan. Sedangkan tugas dakwah kita makin banyak. Ini bukanlah membantu tugas dakwah si suami. Bahkan merencatkan lagi program dakwah si suami.

Ikhwah A: Dengan konflik dan perbincangan tu la yang akan mematangkan hidup dakwah si suami. Hikmah suami diperlukan dalam mendidik isteri yang bukan akhawat.

Ikhwah B: Enta ni serius ke nak buat tugas dakwah? Enta nak ke dakwah enta terjejas hanya kerana mengambil hati isteri yang bukan akhawat? Berapa ramai ikhwah yang akhirnya menyesal kerana mangambil bukan akhawat. Mulanya amat yakin untuk "mengakhawatkan" isteri yang bukan akhawat. Tapi, apa yang jadi? Si suami sibuk melayan karenah isteri. Bila dakwah nak berjalan apabila rumahtangga tak bahagia?

Ikhwah A: Enta boleh jamin ke berkahwin dengan akhawat akan bahagia? Tak semestinya. Kebahagiaan terletak pada kebijaksanaan si suami mengendalikan rumahtangga dan ketaatan si isteri. Jika bukan akhawat tu seorang yang taat pada perintah suami, dah tentu bahagia jugak. Si suami pun akan senang buat kerja dakwah.

Ikhwah B: Benar, berkahwin dengan akhawat belum tentu bahagia. Tapi majoriti yang berkahwin dengan akhawat, mereka bahagia dan lagi senang buat kerja dakwah sama-sama. Buat kerja dakwah sama-sama kan lebih bahagia? Cuba enta fikir, enta lebih suka yang mana satu: Akhawat yang meyokong dan membantu kerja dakwah enta atau pun bukan akhawat yang belum pasti membantu bahkan merencatkan lagi dakwah enta?

Ikhwah A: Kenapa kita "rigid" sangat? Seolah-olahnya kahwin dengan bukan akhawat tak boleh langsung. Jika si suami tu ikhlas mendidik si isteri untuk menjadi akhawat, dah tentu si isteri akan faham dakwah dengan izin Allah.

Ikhwah B: Bukan masalah "rigid". Ia adalah fakta. Berdasarkan pengalaman ikhwah lain, kebarangkalian untuk "mengakhawatkan" isteri yang bukan akhawat adalah rendah. Bahkan berlaku sebaliknya apabila kebarangkalian ikhwah tu pula meninggalkan medan dakwah adalah tinggi. Ana tak menafikan keikhlasan si ikhwah mendidik isteri yang bukan akhawat. Cuma kita perlukan pengalaman ikhwah terdahulu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

Ikhwah A: Ana berkeyakinan bahawa yang bukan akhawat boleh dididik ke arah dakwah selepas perkahwinan nanti, insyaAllah.

Ikhwah B: Ana tak dapat menghalang pilihan enta jika niat enta ikhlas. Ana mendoakan supaya enta diberi kekuatan untuk mendidik bukan akhawat. Cuma ana terfikir, jika ramai ikhwah berkahwin dengan bukan akhawat, siapa pula yang akan berkahwin dengan akhawat? Jika dapat suami yang bukan ikhwah, apakah nasib akhawat nanti untuk melakukan kerja dakwah?

Belum tentu akhawat dapat menjalankan kerja dakwah. Bahkan menjadi bebanan akhawat pula untuk mendidik si suami yang tak faham dakwah. Lebih teruk lagi, si suami yang bukan ikhwah ni akan menghalang tugas dakwah si akhawat ni. Na'udzu billah...

Bukankah ini menjadi satu kesalahan kepada ikhwah kerana berkahwin dengan bukan akhawat? Ikhwah membiarkan akhawat dikahwini bukan ikhwah menyebabkan tugas dakwah akhawat terhenti sedangkan dakwah tu wajib. Cuba renungkan.

Ikhwah A: Akhawat tu boleh saja menolak pinangan bukan ikhwah. Akhawat ada hak.

Ikhwah B: Bagaimana kalau bukan ikhwah tu adalah pilihan keluarga? Bukankah bapa akhawat tu wali mujbir yang boleh memaksa akhawat tu untuk berkahwin dengan bukan ikhwah?

Ikhwah A: Ia bergantung kepada kebijaksanaan akhawat untuk mengelakkannya. Sebagai bapa, sudah tentu ia menanyakan persetujuan akhawat tersebut. Tak guna bapa tu paksa jika hati anaknya tak bahagia.

Ikhwah B: Sampai bila akhawat tu nak menunggu? Tunggu ikhwah lamar, tak lamar-lamar pun. Takkan nak tunggu sampai jadi andartu? Akhawat pun seorang manusia yang inginkan sebuah rumahtangga.

Ikhwah A: Kan ramai lagi ikhwah yang akan melamar akhawat...

Ikhwah B: Jika semua ikhwah berfikiran begini, ana pasti banyak tugas dakwah & jamaah terbantut hanya kerana perkahwinan. Tugas dakwah ikhwah terbantut kerana berkahwin dengan yang bukan akhawat. Tugas dakwah akhawat pula terbantut kerana berkahwin dengan bukan ikhwah. Ini sangat membimbangkan.

Ikhwah A: Kita perlu fikir dari sudut positifnya... Ikhwah dapat berdakwah kepada isteri yang bukan akhawat. Akhawat pula dapat berdakwah pada suami yang bukan ikhwah. Jika peranan ini terjadi, ana yakin kerja dakwah & jamaah akan berjaya.

Ikhwah B: Mudahnya berbicara dengan teori sedangkan praktikalnya belum pasti begitu. Ini masalah perkongsian hidup hingga ke mati. Bukannya masalah macam bola. Boleh ditendang sana ditendang sini.

Ikhwah A: Emosi betul enta ni. Bagi ana, nak kahwin dengan akhawat ke, bukan akhawat ke, terpulang pada ikhwah. Jika seseorang tu yakin bahawa kahwin dengan bukan akhawat boleh membentuk rumah tangga Muslim, ana rasa tiada masalah. Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan kita dapat membentuk 100% rumah tangga Muslim. Kenapa meletakkan kesalahan pada ikhwah hanya kerana tidak berkahwin dengan akhawat?

Jika akhawat berkahwin dengan bukan ikhwah, kesalahan bukan terletak pada ikhwah. Kesalahan terletak pada akhawat tu sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapa dan tidak menyatakan pilihannya sebenar. Ibu bapa juga bersalah kerana tidak memilih lelaki yang beriman sebagai pasangan hidup akhawat tersebut.

Ikhwah B: Benar, ana tak jamin 100%. Tapi ana jamin 200%. Cuba lihat surah At-Taubah ayat 71. Lelaki beriman menjadi penolong kepada perempuan beriman dalam dakwah. Jika lelaki beriman tak tolong, apakah nasib perempuan beriman dalam dakwah nanti. Perkahwinan adalah salah satu pertolongan kepada akhawat untuk melancarkan kerja dakwah.

Ikhwah A: Ayat tu betul tapi tiada dalil jelas ikhwah wajib berkahwin dengan akhawat. Cuba lihat surah An-Nuur ayat 26 pulak. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Di kalangan bukan akhawat pun ada juga yang baik, punya kesedaran agama. Di kalangan bukan ikhwah pun ada yang baik dan beragama. Cuma kesedaran dakwah perlu diterapkan. Enta tak boleh nafikan ayat ini.

Ikhwah B: Nampaknya perbincangan kita dah jauh. Apa kesimpulan kita nak buat sekarang? Enta masih berpegang dengan hujah anta. Ana tetap berpegang dengan hujah ana.

Ikhwah A: Kesimpulan ana ialah... Dalam dakwah, berkahwin dengan akhawat adalah digalakkan. Takde la sampai wajib berdasarkan hujah ana. Namun, janganlah kita menafikan ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat. Jika ikhwah tersebut berkahwin dengan bukan akhawat, tetapi peranan dakwah & jamaah masih berjalan lancar, ana rasa no problem, go on. Bukan berkahwin dengan akhawat tu wajib tapi dakwah tu yang wajib.

Ikhwah B: Kesimpulan ana pula ialah... Ana merasakan berkahwin dengan akhawat tu adalah perlu untuk menjalankan dakwah bersama-sama. Lebih baik berkahwin dengan wanita yang sudah biasa dengan dakwah berbanding dengan yang belum ada pengalaman dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, apa kata ikhwah kahwin dua-dua sekali? Kahwin dengan akhawat dan bukan akhawat. Ikhwah berpoligami. Macam mana? Bagus tak idea ni?
Ikhwah B: Bagi ana, takda halangan. Lelaki ada kuota sampai empat, hehe... Tapi tengok juga pada kemampuan ikhwah tu.

Ikhwah A: Tapi akhawat rela ke?

Ikhwah B: Sebagai akhawat, mereka perlu faham dengan hukum Allah. Bukan masalah rela atau tidak. Mereka tak boleh halang poligami. Jika itu kehendak suami dan suami mampu serta masih meneruskan tugas dakwah, no problem.

Ikhwah A: Jadi enta setuju la kahwin dengan bukan akhawat? Haa... Kantoi. Tadi cakap lain.

Ikhwah B: Dari sudut poligami, ya, ana setuju. Yang penting mesti ada akhawat.

Ikhwah A: Wah, hebat enta ni! Nak kahwin dua pulak... Hehe...

Ikhwah B: Kita ni dah ke tajuk poligami ni. Dah jauh tersasar dari topik sebenar. Eh, bukan ke enta ada test esok?

Ikhwah A: Ha'ah. Tak perasan la pulak. Syukran ingatkan ana.

Ikhwah B: Itulah sibuk cerita pasal kahwin. Test pun tak ingat.

Ikhwah A: Untuk masa depan, hehe.. Enta pun apa kurangnya. Exam tak lama lagi, sibuk berhujah pasal kahwin. Mana ada dalam silibus subjek course enta?

Ikhwah B: Sama-sama la kita, untuk masa depan. Silibus ada, dalam silibus hidup :)




Wednesday, October 29, 2008

Bersama Mencari Keredhaan ALLAH

Assalamualaikum...(baca sambil dengar nasyid Ku hadir Pada Mu-mirwana )untuk lebih umphhh...

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi…


Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)


Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.


Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.


Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.


Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…


Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)


Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.


Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.


Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.


Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19)

Thursday, October 16, 2008

Keluhan Sang Mutarobbi

"Akh, dahulu ana merasa semangat aktif dalam berda'wah. Tapi belakangan ini rasa semangat itu semakin hambar. Ukhuwah pula terasa semakin rapuh.Bahkan ana melihat semakin banyak ikhwah pula yang bermasalah."Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu ? " sahut sang murobbi setelah termenung seketika. " Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana alami; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya,bila keadaan terus begini, ana mendiamkan diri saja." Jawab mad'u itu.

Sang murobbi termenung kembali. Tidak nampak raut terkejut dari wajahnya. Sorotan matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. " Akhi, apabila suatu kali antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas, kapal itu ternyata sudah sangat usang. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang rapuh bahkan kabinnya berbau busuk kotoran najis manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai ke tujuan?". Tanya sang murobbi dengan kiasan yang dalam. Sang mad'u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya menahan balik jawapan yang sebegitu tajam melalui kiasan yang amat tepat. " Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai ke tujuan?". Sang murobi cuba memberi pendapat. "Bila antum terjun ke laut sesaat, antum akan merasa bebas. Bebas dari bau kotoran najis manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba, tapi itu hanya sesaat.


Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana jika ikan yu datang?. Dari mana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi kesejukan hawa dingin?" bertalu-talu pertanyaan itu dihamburkan di hadapan sang mad'u. Tak diduga, sang mad'u menangis tersedu-sedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian rupa. Kekecewaannya juga semakin memuncak, namun sang murobbi yang dihormati itu tidak memberikan jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha Allah? " Bagaimana bila ternyata kenderaan yang antum naiki dalam menempuh perjalanan panjang itu tiba-tiba rosak? Adakah antum akan berjalan kaki meninggalkan kenderaan itu tersadai di jalan, atau mencuba memperbaikinya? . Tanya sang murobbi lagi.

Sang mad'u tetap terdiam dalam senggukan tangisannnya yang perlahan. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya :"Cukup akhi, cukup. Ana sedar.. maafkan Ana…. ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan pingat kehormatan atau setiap kata-kata ana diperhatikan… " .

Biarlah yang lain dengan urusan peribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi penebus dosa-dosa ana". Sang mad'u menanamkan azam di hadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya.

Sang murobbi tersenyum "Akhi, jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punyai banyak kelemahan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang melalui proses menjadi manusia terbaik pilihan Allah." "Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu menpengaruhi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapuskan dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini kerana di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur, kecewa atau berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang rasional. Apabila ketidaksepakatan yang timbul selalu diselesaikan dengan cara itu, maka bolehkah dakwah itu dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar. "Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya tahu bercakap-cakap atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya disebabkan itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i, kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanah oleh Allah untuk membenamkan masalah-masalah di muka bumi ini. Bukan hanya meluahkan masalah sahaja, yang akhirnya menyebabkann masalah jadi semakin runcing.

"Jangan sampai, kita seperti menyiram petrol ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil, tak bernilai, akhirnya menjelma menjadi nyalaan api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!" "Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada isu atau gosip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkanlah segala sangka buruk antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya. "

Suasana dialog itu mulai reda. Semakin lama, pembicaraaan semakin terasa akrabnya. Tidak rasa terdengar pun kokokan ayam jantan yang memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamulail. Malam itu, sang mad'u sibuk membangunkan mad'u lain yang syahdu tidurnya. Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap setia bersama jama'ah dalam mengharungi jalan dakwah.Akhirnya dia menemui sinar harapan yang baru…

Friday, October 10, 2008

Rumahtangga Kita Selepas Ramadhan

Ramadhan telah melabuhkan tirainya... Namun apa yang kita dapat? Ya, kita dapat makan. Begitulah kita setiap tahun. Ku titipkan secebis ingatan dan renungan buat diri dan teman-teman. Adakah Ramadhan baru-baru ini telah membekas di hati? Check it out!

1. Semasa Ramadhan begitu rajin berpuasa, menjaga hukum hakam, sah dan batal. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin berpuasa sunat?

2. Semasa Ramadhan begitu rajin solat fardhu berjamaah dan solat sunat tarawih berjamaah. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin solat berjamaah?

3. Semasa Ramadhan begitu rajin menghabiskan 30 juz Al-Qur'an. selepas Ramadhan. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin membaca Al-Qur'an?

4. Semasa Ramadhan begitu rajin bangun setiap malam menghidupkan Qiyamullail. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin menghidupkan Qiyamullail?

5. Semasa Ramadhan begitu rajin bersedekah. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin bersedekah?

Cukuplah lima perkara sahaja. Jika Ramadhan tidak dapat menggalakkan kita untuk berpuasa sunat, solat berjamaah, membaca Al-Qur'an, Qiyamullail dan bersedekah, ini bermakna Ramadhan tidak memberi makna pada diri kita. Kita hanya melakukan lebih banyak Ibadah hanya kerana Ramadhan. Selepas Ramadhan, keadaan Ibadah kembali pada normal sebelum Ramadhan.

Jika Ramadhan tidak dapat menggalakkan langsung kita untuk berpuasa sunat, solat berjamaah, membaca Al-Qur'an, Qiyamullail dan bersedekah, ini bermakna Ramadhan seperti tidak ada dalam kamus hidupnya. Ramadhan sama seperti bulan-bulan lain. Naudzubillahi min dzaalik...

Jika Ramadhan dapat menggalakkan kita untuk berpuasa sunat, solat berjamaah, membaca Al-Qur'an, Qiyamullail dan bersedekah dengan lebih baik, ini bermakna Ramadhan amat memberi makna pada diri kita. Di tahap ini, Ramadhan amat membekas di hati untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang dengan penuh Istiqamah...

Perbaikilah bagi yang beribadah hanya kerana Ramadhan,
Takziah baginya Ramadhan sama dengan bulan yang lain,
Tahniah baginya Ramadhan meningkatkan lagi amalnya...

Dan tak lupa...
Beringat dan beramallah bagi yang belum tentu dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.


Ikhlas dariku

Muthmain

Wednesday, October 1, 2008

Raya..raya..ada apa pada raya?

Assalamuaalikum..sempena hari raya ini ana ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua para pelawat yg sentiasa memberikan sokongan kpd blog ini.Macamana perayaan kita pada tahun ini adakah ade peningkatan dari sudut positif atau negatif?..Kalau positif tu mungkin dari sudut perbelanjaan kita samada berpada2,tidak membazir ataupun dari segi sikap..menjadi semakin pemurah..semua orang datang bagi duit raya RM 50 ke atas. Kalu dari segi negatif pulak, baju raya tempah mahal2,perabut tukar baru dan sebagainya yang melambangkan sikap boros kita..

Apapun yang berlaku sempena hari raya ini adalah menunjukkan kesan hasil didikan puasa kita. Kalau puasa berjaya mendidik nasfu menjadi baik ikut perintah dan larangan Tuhan, maka berjayalah matlamat puasa tersebut iaitu menjadi orang yang bertaqwa atau sebaliknya,Firman Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى

الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Surah Al-Imran (Ayat 183)


Maka pada hari raya ini janganlah kita merosakkan ibadah puasa yang kita buat selama sebulan.Laluilah hari mulia ini dengan ketaqwaan hasil kesan ibadah bulan puasa.Berusaha dan bersabarlah seperti mana kita menjalani bulan puasa.Jangan pula kita menjadi seorang manusia seperti harimau yang terlepas daripada sangkar kurungan.Mengamuk melepaskan segala nafsu yang ada.Contohnya membelasah perut kita dengan makanan yg banyak pada hari itu,berbangga2 dgn perhiasan diri yang ada dan sebagainya.


Maka kita akan menjadi manusia yang sebenar2 rugi.Celaka mereka yang puasanya tidak menberikan kesan positif sedikit pun.Sekadar mendapat lapar dan dahaga.Tidak mendapat sedikit faedah pun untuk dirinya sendiri

Akhir sekali, moga Allah memanjangkan usia kita sehingga ke Ramadhan yang akan datang kerana kita mahu lakukan yang lebih baik jika kita dapat bertemu Ramadhan yang akan datang, insyaAllah..

Tuesday, September 30, 2008

Kenapa Nafsu Tak Pernah Lesu


Apabila tiba bulan Ramadan, syaitan dibelenggu dan manusia selamat daripada diganggu. Yang tinggal hanyalah nafsu, dan nafsu itu boleh dilemahkan dengan kelaparan, iaitu puasa.

Jadi, pada bulan Ramadan, syaitan pun tiada, nafsu pula telah dilemahkan oleh puasa kita. Kalau difikir-fikirkan, kita sepatutnya 100 % bebas daripada melakukan dosa dan maksiat di sepanjang bulan Ramadan.

Tapi, realitinya nyata berbeza.

Entah di mana silap atau kurangnya puasa kita? Dosa tetap dilakukan, maksiat tetap dibuat, walaupun pada bulan Ramadan.

Kenapa? Kenapa kita masih tidak mampu menahan nafsu dan menahan diri daripada melakukan maksiat? Adakah puasa kita tidak berkesan untuk melemahkan nafsu? Adakah Allah tidak menerima puasa kita?

Untuk menjawab soalan ini, mari kita imbau kembali kehidupan kita selama ini, 11 bulan sebelum tibanya Ramadan.

Selama 11 bulan itu, apa yang kita buat? Renung-renungkan kembali.

Kalau 11 bulan itu kita telah isi dengan banyak amal ibadah, maka kita tiada masalah untuk tidak melakukan maksiat pada bulan Ramadan. Masalahnya timbul apabila kita sering melupakan Allah dan sentiasa menurut tuntutan nafsu selama 11 bulan itu.

Selama 11 bulan kita bergelumang dengan maksiat, dan selama itu jugalah kita telah dikuasai oleh nafsu yang mengganas. Nafsu kita telah menjadi terlalu liar dan payah hendak dijinakkan.

Eh, bukankah puasa boleh melemahkan nafsu?

Ya, puasa memang akan melemahkan nafsu. Tapi, puasa kita selama sebulan itu tidak mampu untuk melemahkan nafsu dengan sepenuhnya. Seekor harimau liar, takkan menjadi jinak dalam masa sebulan. Begitu jugalah dengan nafsu kita.

Selama 11 bulan, kita berikan nafsu dengan berbagai-bagai hiburan. Kita kenyangkan nafsu dengan makanan yang sedap-sedap. Tapi, kita lupa untuk menundukkan nafsu dengan zikrullah. Maka nafsu menjadi liar dan terus bermaharajalela. Nafsu itulah yang mengajak kita ke arah maksiat, dan kita tak mampu untuk menolaknya.

Itulah sebabnya mengapa nafsu kita tak pernah lesu walaupun kita berpuasa. Puasa selama 30 hari sahaja memang tidak mampu untuk menjinakkan nafsu yang liar.

Tapi, kita jangan cepat mengalah. Masih ada caranya untuk melemahkan nafsu. Walaupun susah, ianya pasti boleh dilakukan. Pasti. Hanya keazaman yang tinggi diperlukan. Pertingkatkan amal ibadah kita, dan bersama-sama kita berdoa kepada Allah.


Puasa kita tetap berupaya untuk melemahkan nafsu walaupun tidak sepenuhnya. Mari, kita lancarkan jihad untuk melawan nafsu.

Allahuakbar.


Tuesday, September 23, 2008

Muhasabah Ramadhan & Syawal


Seringkali masyarakat kita terlepas pandang beberapa perkara semasa Ramadhan Al-Mubarak dan Syawal:


1. Lebih mementingkan Bazaar Ramadhan daripada Masjid.
Kalau dikumpulkan semua yang ada kat bazaar, rasanya mau tak muat masjid. Lebih ramai dari solat Jumaat. Nampaknya ramai yang 'syahid' bila berperang dengan nafsu kat tempat ni. Kalau boleh nak dibelinya satu bazaar. Semua makanan sedap-sedap belaka. Tapi apakan daya, manusia hanya ada satu perut. Kalau nak makan banyak jugak macam empat perut lembu, baik jadi lembu...

2. Lebih mementingkan "nak berbuka apa hari ni?" daripada "nak beribadah apa hari ini?"
Pagi-pagi lagi dah tanya nak makan apa walaupun sedang berpuasa. Inilah nafsu tahap gaban. Tak kira masa semestinya tajuk utama Ramadhan ni adalah makan, makan, makan dan makan. Apa cerita ibadah kita? Qur'an dah habis baca? Zikir dah banyak buat ke? Qiyamullail bangun tak?

3. Tarawih di masjid hanya ramai pada separuh bulan yang pertama. Separuh bulan kedua kelihatan masjid semakin kosong.
Macam mana dengan ruh Ramadhan? Kejap turun kejap naik. Hangat-hangat taik ayam jee.. Panas sekejap pastu sejuk. Macam dah jadi budaya. Kalau betul-betul nak makmurkan masjid, datang la tiap-tiap hari. Separuh Ramadhan yang kedua seolah-olah telah dikosongkan masanya untuk persediaan menyambut raya. Ramadhan tak habis lagi dah nak sambut raya.

4. Lebih banyak beribadah pada separuh bulan yang pertama. Separuh bulan kedua semakin kurang beribadah.
Inilah trend setiap tahun. Tak pernah berubah. Patutnya, semakin akhir Ramadhan, semakin digandakan ibadah untuk menyambut Lailatul Qadar. Anggaplah juga Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir. Ini kerana kita belum tentu dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Sebaliknya, semakin akhir Ramadhan, semakin digandakan pengurangan ibadah. Qiyamullail makin kurang, baca Qur'an makin kurang, zikir pun makin kurang. Kesian umat sekarang...

5. Lebih bergembira datangnya Syawal daripada datangnya Ramadhan.
Ramadhan diibaratkan bulan seksaan, Syawal dianggap bulan kegembiraan. Tiada penghayatan terhadap kelebihan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Sedangkan generasi-generasi mukmin terdahulu amat bergembira apabila datangnya Ramadhan dan menangisi apabila Ramadhan akan berakhir. Kalau boleh, mereka ingin setiap bulan adalah bulan Ramadhan kerana gandaan ganjaran pahalanya yang besar tidak ada pada bulan-bulan yang lain.

6. Lebih mementingkan sahur daripada qiyamullail dan solat subuh.
Kalau bangun sahur, bukan main sharp lagi masanya. Tapi qiyamullail dan solat Subuh tidak ada dalam kamus minda. Yang penting sahur dan niat puasa. Pastu tidur. Tak solat pun takpa. Yang penting puasa. Sikap ini perlu dihindarkan. Bangun la Subuh. Dosa besaq nooo... 60 tahun dalam neraka sekali tinggal solat Subuh.

7. Masa 10 akhir Ramadhan takda masa untuk bangun malam. Tapi nak buat kuih, kek, lemang, ketupat boleh berjaga malam pulak.
Inilah semangat yang tak pernah padam. Semangat lemang, berjaga malam pun takpa. Nak buat kuih, kek, berjaga malam pun takpa. Tapi bila tahajjud, tak mampu pulak. Takda masa. Pelik, pelik... Apa yang susahnya bangun malam solat tahajjud dua rakaat. Tapi yang nilah yang paling berat bila nak melakukannya. Mulakan yang mudah dengan tahajjud dua rakaat. Sekejap je. Dah biasa nanti, buat la panjang sikit. Bangun malam tengok bola berjam-jam boleh. Solat malam beberapa minit pun susah? Fikirkan...

8. Duit berhabis-habisan untuk sambut Syawal. Tapi tak berhabisan-habisan pulak untuk bersedekah semasa Ramadhan.
Sikap ini masih sukar dikikis. Mau tidak mau, langsir rumah kena tukar baru, perabot kena tukar baru, rumah kena cat baru, hiasan dinding kena baru, baju melayu baru, kurung baru, sampin baru, songkok baru, pendek kata, serba baru. Itu tak masuk kuih-kuih dan makanan utama lagi - rendang, ayam, nasi impit, lemang, ketupat dan yang sewaktu dengannya. Apa salahnya kekalkan apa yang masih boleh digunakan. Tak perlu membazir. Yang peliknya, masa bulan Ramadhan, susah betul nak bersedekah. Tong sedekah kat masjid lalu je, muka macam mangga buruk, takda duit konon. Sedangkan Ramadhan adalah waktu yang terbaik untuk bersedekah.

9. Ada baiknya 'duit raya' disedekahkan lebih banyak kepada fakir miskin daripada diberi pada kanak-kanak.
Mungkin cadangan ni nampak pelik. Kanak-kanak yang biasa kita lihat, mak ayahnya mampu menanggung mereka. Tak perlu banyak-banyak bagi duit raya. Dahulukan duit raya tu kepada yang lebih memerlukan. Kanak-kanak sudah pasti habiskan duit mereka di kedai runcit membeli makanan ringan yang kurang berkhasiat, mengayakan tokey-tokey kedai sedangkan fakir miskin dan anak-anak yatim lebih memerlukan untuk membeli barang, makanan dan keperluan asas harian. Buat pertimbangan yang betul untuk 'menghabiskan' duit raya tersebut dengan bersedekah di tempat yang betul.

10. Solat tarawih berjamaah sampai penuh masjid tapi solat fardhu berjamaah, sampai penuh tiang masjid.
Hakikat ini tidak dapat dinafikan. Bulan Ramadhan memang meriah dengan agenda solat tarawih di masjid. Cuba lihat sebelum dan selepas Ramadhan. Masjid hanya jadi tempat singgahan pada Ramadhan dan kembali ditinggalkan selepasnya. Mengapa jadi begini, tepuk dada tanya iman. Kalau tanya selera, memang selera tak pernah surut. Rasulullah s.a.w. amat memberatkan solat fardhu lima waktu berjamaah hingga baginda mengancam mahu membakar rumah yang penghuninya tidak solat berjamaah. Takda pun dalam hadis Rasulullah s.a.w. memberatkan solat tarawih berjamaah. Tapi yang ni pulak diutamakan masyarakat kita. Biarlah seimbang. Solat fardhu berjamaah buat, solat tarawih berjamaah pun buat.

Ramadhan Dua Zaman (The Zikr)

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman

Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


Monday, September 22, 2008

RENUNGAN

Mari kite wat kajian sket ( Kirenyer cam muhasabahlaaa...)

Kalu fikir2 kan...

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua
segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan
glamour...


9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH......

PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'


Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu( kalu kat asrama tu solat musti on-time berjemaah tiap2 hari), tetapi beransur-ansur. .......faham2 jela yek..

Kalu dulu baca quran tiap2 hari ,kalu boleh lumbe baca ngan kawan sape dulu cepat habis/khatam..skang kalu tayer brape kali baca quran leh bilang ngan kaki

Kalu dulu bila jalan selisih ngan pempuan ke sanggup wat lencongan selekoh baik puyer kalu boleh 180 darjah(siap bawa protaktor tuu ukur tepat) ...tersatu group ngan pempuan ke..duduk tu kalu boleh sejauh saujana mata memandang..tapi skang hurmm..macam langit ngan bumi...

Kalu dulu bohong2 nih..xmainla mesti jujur...cakap pun sopan santun..maklumlah xreti nak tipu..biler dah besar ngan makbapak pun diherdik ditipu yer ngan org lain apatah lagi..bertuah puyer anak

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...bila bos ajak disko kl xpegi nanti bos mare..

Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari,anggota badan pun sama bagi yg normalla,tangan dua kaki dua kepala satu, ade ke terlebih satu kepala? tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Monday, September 8, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
SiteSearch Google
Google