Ayat ini menerangkan sikap manusia yang suka mempersendakan seruan ikhlas dakwah nabi-nabi yang telah diutuskan Allah s.w.t. Manusia menjadi sombong dan bongkak serta tidak mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan Allah yg banyak seperti kebun2 yg subur merimbun, ternakan2 yg sihat dan gemuk serta dan harta benda yg melimpah ruah.
Mengambil sejarah umat-umat yang terdahulu contohnya kaum Ad yg telah diseru oleh Nabi Hud utk beriman kpd Allah s.w.t. namun mereka ingkar dan mengejek Nabi Hud sebagai org gila. Seru Nabi Hud “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini” Kaum Ad berkata “Hai Hud, kami tidak akan meninggalkan sembahan2 kami kerana perbuatanmu, dan kami tidak akan sekali-kali mempercayaimu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu”.
[http://www.bangsamusnah.com/adandubar.html]
Kaum Tsamud, adalah kaum yg hidup senang dgn sumber mata air dan kebun yg subur. Dek kerana kemewahan hidup yg menghiasi hidup mereka kaum Ad menjadi lalai dan tidak mahu mengikut seruan Nabi Salleh.
[http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah031.html]
“Maka adapun kaum Thamud, mereka telah dibinasakan dengan suara yg sgt keras.”
[al-Haqqah ayat 5]
Sesungguhnya manusialah yang berlaku zalim terhadap diri sendiri dan Allah sekali-kali tidak pernah zalim terhadap manusia walaupun sekecil-kecil urat serat buah tamar. Tapi manusia sendiri yang berani menentang seruan para nabi utk tunduk dan patuh pada Allah s.w.t, tidakkah mereka takut pada azab yang Allah telah janjikan di dalam al-Quran seperti dalam surah Rum ayat 16
“Dan adapun org2 yg kafir dan mendustakan ayat2 Kami serta (mendustakan) pertemuan hari akhirat, maka mereka tetap berada dlm azab (neraka).” [surah Rum ayat 16]
Di zaman kini, ulamalah pewaris para nabi yg meneruskan kerja2 dakwah menyeru manusia agar kembali kepada ajaran al Quran dan hadith. Malangnya apabila mereka memberikan pandangan dan teguran kepada masyarakat, mereka ditentang oleh pemimpin dan org2 yg mementingkan keseronokan duniawi. Sebagai contoh Almarhum Dato’ Ishak Baharom yg dipecat daripada jawatan mufti Selangor kerana bertegas undang2 syarak mencegah gadis Islam menyertai pertandingan ratu cantik dengan mendedahkan aurat. Tidak cukup dgn itu Almarhum dilarang berceramah di masjid dan surau.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12159&Itemid=89]
No comments:
Post a Comment