"Pakcik... Emm...", Tariq memulakan perbicaraannya. "Ya Tariq. Ada apa?" jawab Pakcik Murabbi. "Pak Cik Murabbi tak boring ke bawa usrah tiap-tiap hari? Bila masa Pakcik luangkan masa dengan keluarga? Bila masa Pakcik boleh berehat?" tanya Tariq dengan nada menguji."Dunia ni bukan tempat berehat, Tariq. Allah s.w.t. ada sebab kenapa kita diciptakan", ujar Pakcik Murabbi. Lalu Pakcik membacakan ayat Al-Qur'an surah Az-Zaariyaat ayat 56 dan menterjemahkannya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku." Seolah-olahnya ayat itu Tariq baru terdengar sedangkan sudah berkali-kali ia sudah khatam Al-Qur'an. "Abdi yang macam mana tu Pakcik? yang macam hamba abdi tu ke?" tanya Tariq dengan penuh perhatian.
"Kalau Tariq biasa tengok tv, apa hamba abdi tu buat bila disuruh tuannya?" tanya Pakcik balik. "Mesti la hamba tu kena buat apa yang disuruh. Mana boleh lawan. Jadi kes dera nanti..." kata Tariq dengan selamba. "Begitulah kita dengan Tuhan kita, Tariq. Kita perlu menjalankan tugas kita sebagai hamba. Dan inilah yang sedang Pakcik lakukan. Pakcik takut Pakcik kena 'dera' di akhirat nanti oleh Allah jika Pakcik tak buat apa yang Tuhan suruh." Tariq tergaru-garu kepala. "Sebagai hamba, apa yang Tuhan suruh kita buat Pakcik?" tanya Tariq. "Ayat-ayat Al-Qur'an bukan turun kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sahaja. Bahkan turun kepada kita sekali. Jadi, segala arahan dan larangan dalam Al-Qur'an juga turun kepada kita." jelas Pakcik Murabbi. Tariq tiba-tiba berkata: "Saya dah nampak Pakcik, saya dah nampak...!".
Barulah nampak sedikit sinar kefahaman di muka Tariq yang terkontang-kanting sebelum ini. "Tugas kita sebagai hamba adalah sama la dengan tugas Rasulullah s.a.w. sebagai hamba dan Rasul, Pakcik?" tanya Tariq. "Ya." jawab Pakcik dengan ringkas sambil mengangguk. "Tugas kita adalah memberi peringatan kepada manusia tentang segala perintah dan larangan Allah." kata Pakcik. Tariq bertanya lagi: "Bukan ke itu kerja tok-tok imam dan ustaz-ustaz? Mereka lebih arif tentang benda ni." "Tariq, Islam yang kita dapat ni bukannya milik ustaz-ustaz dan tok-tok imam saja. Menyampaikan mesej Islam ini adalah tugas semua mereka yang bernama Muslim. Pada zaman awal Islam, Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat supaya menyampaikan Islam kepada keluarga dan sahabat handai. Jika tidak kerana sahabat-sahabat menyebarkan Islam, kita takkan dapat nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi sekarang." jelas Pakcik Murabbi dengan panjang lebar.
Tariq termenung sebentar seolah-olah memikirkan sesuatu yang besar. Ya, memang besar. "Saya fikir Pakcik, umat Islam sekarang lupa tugas mereka yang sebenar." Tariq menyimpulkan. Pakcik Murabbi mengiakan. Lalu ia melafazkan surah Az-Zaariyaat ayat 55 dan memaknakannya: "Dan berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman." Pakcik Murabbi melanjutkan lagi dengan membaca surah Al-Ghashiah ayat 21 yang bermakna: "Maka berilah peringatan, sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan." "Baginda telah tiada. Tugas disambung para sahabat. Sahabat telah tiada. Tugas disambung oleh tabiin, seterusnya tabi' tabi'in bersambung-sambung hinggalah sampai kepada kita tanpa terkecuali. Walaupun ayat itu dituju kepada Rasulullah s.a.w., bila baginda tiada, ayat itu terus ditujukan kepada kita. Jika hanya tugas baginda sahaja menyampaikan Islam, Islam sudah pasti lenyap selepas kewafatan baginda kerana tiada siapa ganti atau menggalas tanggungjawab tersebut." terang Pakcik Murabbi.
"Kalau macam itu, apa yang ana nak sampaikan, Pakcik? Ana bukannya ada ilmu." tanya Tariq. "Anta ni Tariq, banyak songeh la. Yang anta datang usrah kat rumah Pakcik tiap-tiap minggu tu buat apa? Makan je? Apa yang Pakcik sampaikan kepada anta, itulah yang perlu disampaikan pada orang lain. Selebihnya ilmu tu, anta cari la sendiri. Jangan terlalu mengharapkan satu sumber saja sedangkan kita tak menambah langsung bahan-bahan ilmu yang lain. Macam mana nak berkembang?" sound direct Pakcik Murabbi yang agak menusuk kalbu Tariq. "Baik, Pakcik. Roger and out. Tabik spring kat Pakcik.." kata Tariq sambil tabik berulang lagak askar prebet sambil tersenyum walaupun dalam hatinya rasa macam nak 'makan' Pakcik Murabbi sambil membayangkan mulutnya macam mulut naga. "Direct betul Pakcik Murabbi ni. Betul-betul terkena aku. Tapi memang betul pun", akui hati Tariq.
"Tak payah susah-susah la kamu nak tanya lagi. Nanti kamu kena sound lagi, lagi susah. Pakcik Murabbi tu saja je nak sakitkan hati kamu. Tak payah la jumpa Pakcik lepas ni. Buang masa je. Kamu study kan lagi bagus. Kalau rasa boring, main la games atau surfing Internet ke, bagi hilang tension. Tak perlu bersusah payah usrah. Nanti yang nak jawab test ke, exam ke, kamu jugak. Bukannya Pakcik. Kamu nak jawab apa dengan mak ayah kamu kalau kantoi nanti?" tiba-tiba si Azazil menggosok-gosok telinga Tariq sambil berbisik. "Hek Eleh... yang kamu menyibuk tu apa pasal? Tak boleh tengok orang lain senang. Kamu yang sakit hati dengan Tariq sebenarnya. Suka la hati kamu bila Tariq leka nanti. Banyak cantik. Boleh blah!" selar Mulhim pada Azazil sambil menepuk-nepuk bahu Tariq: "Tariq, jangan layan sangat Azazil ni. Penyibuk nombor satu."
"Ya. Aku nak tanya lagi." kata hati Tariq. "Jadi sebab tu lah Pakcik selalu buat usrah?" fokus Tariq. "Ya, Tariq. Sekurangnya-kurang di akhirat nanti Pakcik ada jawapan di hadapan Allah, apa yang Pakcik buat dengan ilmu Pakcik. Pakcik yakin kerana ilmu yang Pakcik sampaikan pada Tariq dan ahli usrah yang lain, antum semua sampaikan pula kepada orang lain. Orang lain pula sampaikan kepada orang yang lain berterusan hingga Hari Kiamat. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu dari tiga bekalan kita di kubur. Jika kebaikan yang kita sampaikan, orang amalkan, maka Pakcik pun dapat pahalanya sekali. Pahala lebih berganda jika yang mengamalkan menyampaikan kebaikan itu kepada orang lain pula." kata Pakcik Murabbi. Sambungnya lagi: "Dan tugas utama umat Islam sekarang untuk disampaikan ialah..." Pakcik Murabbi cuba berteka-teki.
"Islam, Pakcik", jawab Tariq dengan spontan. "Memang la Islam. Tapi spesifik la sikit..." komen Pakcik Murabbi. "Menyuruh buat baik la Pakcik". jawab Tariq lagi. "Kurang tepat", kata Pakcik Murabbi. "Ala Pakcik ni, nak berteka-teki pulak. Bagi jawapan sudah laa... Ingat pop kuiz dalam tv ke? Kalau dapat duit takpe gak." cetus hati Tariq. Tiba-tiba terkeluar dari mulut Tariq: "Selain menyuruh benda yang baik, mesti la kita mencegah benda mungkar dan maksiat, Pakcik." "Haa... tu lah yang Pakcik nak dengar. Tak sia-sia Tariq usrah dengan Pakcik", kata Pakcik Murabbi yang kelihatan gembira sekali. "Saya belasah je, Pakcik, hehe...", ujar Tariq yang hanya control macho sambil senyum tersipu. Pakcik membaca firman Allah surah Ali Imran ayat 110 dan maknanya: "Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik (kerana) kamu menyuruh membuat kebaikan dan kamu mencegah dari yang mungkar serta kamu beriman kepada Allah..." Pakcik pun pergi ke biliknya di tingkat atas tanpa berkata apa-apa.
"Biar betul Pakcik ni. Blah macam tu je. Aku nak buat apa ni? Nak kata Pakcik suruh stay pun tidak, nak kata suruh blah pun tidak. Buat aku termangu-mangu. Suspen betul Pakcik ni. Kang aku ca alif but (cabut) nanti baru tau...", bisik hatinya. Tidak berapa lama, Pakcik turun dari biliknya. "Nah, ambil ni. Hadiah dari Pakcik", kata Pakcik Murabbi sambil menghulurkan sekeping nota merah RM10. Terkejut Tariq dibuatnya. "Apa ni Pakcik? Tak payah Pakcik susah-susah." telahan Tariq enggan mengambilnya. "Takpe. Ikhlas Pakcik bagi ni..." Pakcik meyakinkan Tariq. "Save jugak duit minyak motor aku seminggu, ambik je laah..", detik hatinya sambil mengambil RM10 tersebut dengan penuh sopan santun, ala-ala Lelaki Melayu Terakhir. "Terima kasih, Pakcik. Kalau ana datang tiap-tiap hari rumah Pakcik, mesti dapat banyak lagi ni", gurau Tariq. "Boleh je..." jawab Pakcik sambil tersenyum.
Langkah baru bermula. Tariq merasakan ada sesuatu yang besar di atas bahunya selepas berjumpa Pakcik Murabbi... Rasa macam nak rebah je jika tidak dipertahankan... Tengok kiri kanan bahunya, takde apapun. "Ish... apa kena aku ni? Rasa macam berat je..."
(Bersambung)

No comments:
Post a Comment