Monday, August 11, 2008

Nasyidria (Nasyid + Boria)

Nasyid ini dinyanyikan dalam bentuk boria sempena Mukhrin Daerah Petaling 2008 di Impian Country Resort, Hulu Langat pada 27-29 Jun 2008. Sekadar perkongsian.


Assalamu'alaikum kami ucapkan
Kepada semua rakan taulan
Boria Karisma kami persembahkan
Mendendangkan lagu dakwah dan perjuangan (2x)

Tak kira tua atau pun muda
Menegakkan Islam kewajipan semua
Marilah kita berjuang bersama
Menuju redha Tuhan Yang Esa (2x)

Dalam perjuangan perlu bersabar
Pelbagai ujian pasti menyambar
Terkadang diri rasa tercabar
Tapi sabar itu pasti berbayar (2x)

Tarbiah usrah jangan dilupakan
Mendidik manusia ingatkan Tuhan
Janganlah malu janganlah segan
Mari berusrah ajak teman-teman (2x)

Mukhayyam dan tamrin pemangkin du'at
Membimbing du'at memimpin umat
Supaya masyarakat menjadi berkat
Moga selamat dunia akhirat (2x)

3 comments:

  1. Kalu ader video dier lagi best..bila nak bagi video tu..abg muthmain?

    ReplyDelete
  2. teringat waktu kat mukhrin betapa berserinya muka pakcik roslan ketika nasyidria nie diperdendangkan.
    Syabas kepada pencipta yg menghasilkan satu seni yang penuh bermakna

    ReplyDelete
  3. abg muthmain kata video xdek buat mase nih..kalu ade len kali akan dimaklumkan.sekian terima kasih

    ReplyDelete

SiteSearch Google
Google