Thursday, May 22, 2008

Umat yang derhaka

Artikel ini diolah semula daripada ceramah Ustaz Nazmi di ss10

'Dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun2 kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air' [Yasin ayat34]


'agar mereka dapat makan dari buahnya, dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mereka tidak bersyukur?' [Yasin ayat35]

Pada suatu ketika dahulu bila Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya yg degil tidak mahu menyembah Allah s.w.t Mereka tidak percaya adanya tuhan yang satu. Nabi Nuh mengambil masa selama 950 tahun utk berdakwah, panjang betul umur umat dulu2. Pada ketika itu ramai yg tidak menerima dakwah Nabi Nuh malah diorang pun berkata 'Woi org gila jgnlah ko sangka kami akan mempercayai dgn kata2 ko itu'. Paling menyedihkan pada ketika itu, Nabi Nuh ditentang oleh isteri dan anak2nya juga. 'Hai abg, hentikanlah keje2 gila ini dan kembalilah kpd ajaran nenek moyang kita' kata isterinya.

Setelah kira2 950 tahun Nabi Nuh mendpt wahyu dari Allah agar dibina bahtera kapal di atas bukit. Umatnya berlalu sampai berkata 'Woi Nuh, memang betullah yg ko ni gila, org buat bahtera tepi laut ko plak buat kat atas bukit'. Tu boleh tahan lagi tapi umat Nabi Nuh ni buat sesuatu yg lebih teruk lagi dari memaki Nabi Nuh. Diorang berak dan kencing di dlm bahtera yg dlm pembinaan tu. Tak semena-mena Nabi Nuh kena membersihkannya pada keesokan harinya. Tapi dgn kuasa Allah s.w.t ada org buta yg ingin berak juga kat bahtera Nabi Nuh tapi tergelincir lalu jatuh ke dlm kolam najis tu. Dgn izin Allah maka sembuhlah mata dia dan dapat melihat semula. Org2 yg lain berebut2 mendptkan najis tersebut lalu yg ada sakit sopak sembuh, yg buta dpt lihat balik. Secara automatiknya bahtera Nabi Nuh bersih dari najis2 diorang itu.

Setelah siap bahtera tu, 80 org yg beriman, setiap pasang binatang yg ada di muka bumi ini pun naik ke atas bahtera Nabi Nuh. Kemudian dgn izin Allah hujan turun dgn lebat serta bumi mengeluarkan air dari dlm bumi. Pada ketika itu Nabi Nuh ternampak salah seorang anaknya yg sedang ditenggelami air lalu baginda berseru 'Nak, marilah naiklah bahtera bapak ni'. Anak baginda berkata balik dgn nada sombong 'Tak payahlah bapak, aku akan cari bukit yg tinggi dekat sini'. Selepas beberapa hari semua umat Nabi Nuh yg ingkar mati kelemasan.

Alangkah ruginya org2 yg derhaka kpd pesuruh Allah yg menyampaikan ajarannya. Ambillah pengajaran seperti yg terjadi pada zaman ini seperti taufan Nargis di Myanmar dan tsunami di Indonesia. Bencana2 yg mcm ni tak mustahil bleh berlaku di Malaysia. Oleh itu, beringatlah selalu, patuhlah pada ajaran ulama, dan sebarkanlah perkara2 yg baik. Ana doakan kita sentiasa berada dlm rahmatNya. Ameen Ya Allah

No comments:

Post a Comment

SiteSearch Google
Google