Monday, August 25, 2008

Diari Ramadhan

Aktiviti yang patut diamalkan semasa Ramadhan:

1. Melewatkan sahur, menyegerakan berbuka.
Praktikkan sekarang. Biasanya student mesti makan pukul satu dua pagi pastu tidur. Takut bangun lewat sahur konon. Dah tidur lewat, memang la lewat bangun. Cuba tidur awal sikit...! Mesti boleh bangun punya. Berbuka pulak elok dimulakan dengan benda-benda yang manis seperti kurma, zaitun, kuih2 manis atau air2 manis yang sejuk. Sunnahnya makan ringan dulu pastu solat Maghrib berjemaah. Selepas solat, barulah makan berat seperti nasi, mi, kue teow, murtabak, lompat tikam, lompat katak dan sewaktu dengannya.

2. Menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur'an.
Masa ni la nak habiskan baca Qur'an. Bila lagi. Daripada dok buang masa sembang tak tentu pasal yang tak menambah pahala, lagi baik banyakkan amal ibadah di bulan yang berkat. Pahala pun berganda. Yang penting, ikhlas. Bukan menunjuk-nunjuk.

3. Solat tarawih setiap hari tanpa mengabaikannya walau satu malam.
Bulan puasa je ada solat tarawih, bulan lain takde. Satu lagi, tarawih ni sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda tak pernah meninggalkannya walapun ia sunat je. Tapi jangan lupa akhiri dengan witir. Berapa rakaat? Terpulang... 8 rakaat ke, 10 ke, 20 ke, 30 ke, tapi jangan lebih 40 (maksimum). Tak payah gaduh-gaduh nak solat berapa rakaat. Yang penting buat. Jangan tak buat langsung.

4. Bertadarus (jika kelapangan) untuk memperbaiki bacaan tajwid & makhraj.
Baca secara gilir-gilir dalam satu kumpulan. Kalau dalam kumpulan usrah lagi bagus. Kadang2 kita ni perasan je yang bacaan kita bagus tapi bila ditadarus, baru la nampak kesalahannya. Inilah peluang untuk perbaiki bacaan. Mafhum hadis bahawa Baginda tak mengaku umat kalau tak perbaiki atau mencantikkan bacaan Al-Qur'an.

5. Berpeluang qiyamullail pada tiap-tiap malam kerana Lailatul Qadar datang sekali setahun dalam Ramadhan.
Ni lah peluang nak lawan nafsu. Bos besar (syaitan) dah takde. Jadi tujukan pukulan K.O. kepada nafsu dengan bangun qiyamullail. Masa bukan Ramadhan, susah betul nak bangun. Telinga kena kencing syaitan la, kena hempap kulit babi syaitan la, terlupa la sebab syaitan dan macam-macam lagi. Haa.. bila Ramadhan, semua tu dah takde. 'No way to excuse qiyamullail'. Hanya kita berperang dengan nafsu yang telah lemah bila bosnya takde. Jadi, rebut peluang tersebut!

6. Membanyakkan zikrullah.
Cari masa-masa terluang untuk berzikir. Takde masa? Lepas solat maghrib buat apa? Dok terlentang lepas berbuka, boleh pulak. Tu la. Makan banyak lagi. Berzikir la sikit sementara tunggu Isyak. Takde masa jugak? Makan lama sangat kot... sebab kira biji-biji nasi yang dimakan. Biji nasi boleh pulak kira. Tuhan bagi nikmat tak terkira kat kita, apa pasal kita nak berkira-kira pulak untuk berzikir padaNya? Fikir la sendiri...


7. Membanyakkan berdoa semasa berpuasa kerana ia waktu yang mustajab doanya.
Mafhum hadis bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab sama ada puasa wajib atau sunat. Apa lagi, banyakkan doa untuk kebaikan diri kita, ibubapa, kawan2, guru2 serta serta umat Islam seluruhnya sama ada yang hidup atau yang telah pergi di bulan Ramadhan. Doakan juga supaya Allah selamatkan umat Islam yang tertindas di Palestin, Chechnya, Kashmir, Iraq, Mindanao, Myanmar dan negara-negara umat Islam yang lain.

8. Bersedekah dan menjamu mereka yang berpuasa.
Apa? Takde duit? Tak payah nak kelentong la. Kita sanggup berhabis-habisan duit kita untuk dunia, kenapa susah pulak berhabis-habisan untuk akhirat? Mana adil. Tak seimbang. Apa salahnya keluarkan sikit duit tu untuk menjamu orang yang berpuasa. Pahala mereka yang menjamu orang berpuasa sama dengan pahala jumlah mereka yang dijamu. Nak apa lagi? Bergantang2 pahala dapat. Rugi kalau tak buat.

Satu lagi, meriahkan Ramadhan dengan bersedekah kepada umat Islam yang tertindas di luar sana yang sedang hidup dalam kemiskinan dan terhimpit. Dermalah kepada mereka melalui badan-badan amal yang sukarela mengutip derma & sedekah tersebut. Hikmah puasa adalah untuk mengingati mereka yang tertindas dan tidak dapat makanan untuk meneruskan kehidupan. Jangan asyik ingat nak isi perut kita je! Ingat, adakah kita tergamak melupakan umat Islam yang lain sedangkan mereka juga seaqidah dengan kita?

9. Berharap2 supaya akan menemui Ramadhan yang akan datang.
Kita tak tahu bila kita mati. Jadi, dengan harapan menemui Ramadhan yang akan datang, akan dapat menambah pahala ibadah kita sebagai bekalan di akhirat nanti.

"Selamat Datang Ramadhan. Kedatanganmu Dirindui, Pemergianmu Ditangisi..."

1 comment:

  1. Bagus artikel yg mantap utk abg muthmain...utk khatamkan satu al-quran tu ..kalu kira alquran ade 600 pages,satu bulan ade 30 hari so satu hari kita baca 20 pages,ana cadangkan kita baca lepas solat 5 waktu,skali baca lepas solat kita baca 2 helai,bukan yer lama pun nak baca sekali 2 helai,10 minit jer...ngadap internet,surf web, ym berjam2 xpe lak

    ReplyDelete

SiteSearch Google
Google