Tuesday, May 27, 2008

Kepentingan mengingati Allah

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian mlm dan siang terdapat tanda2 bagi org yg berakal.

(yaitu) org2 yg mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata). "Ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.

[Surah al-Imran ayat 120-121]

Kadangkala bila kita sedang menunggu kwn pada waktu yg dijanjikan, dia tak sampai2. Pastu mula la marah2. Dlm hati mula syaitan berbisik memberi gambaran buruk yg kwn kita tu memang seorang yg tak reti tepati masa. Bukan ke elok masa yg terluang tu kita isi dgn zikrullah. Menyebut utk mengingati Allah macam subhanallah, lailahaillallah, alhamdullilah dan allahu akbar. Itulah yg lebih elok kita lakukan, lebih baik daripada fikir yg buruk2, takde manfaat pun.

Ingatlah dlm berzikir ni boleh ada dlm macam2 keadaan berbaring, duduk, berdiri, berlari, tgh naik moto, tgh bawa kereta dan mcm2 lagi la. Ambil la contoh seorang hamba Allah ni, seringkali berzikir mengingati Allah semasa sedang menaiki moto dr shah alam ke kl. Nasihat ini amat baik dan tak susah diamalkan. Juga bila kita sorang2 dlm keadaan musafir, semasa naik bas ke, kete ke, moto ke, jln kaki ke, zikir la dgn keadaan berbisik. Bukan apa takut org igt kita menunjuk-nunjuk, takkan la nak berzikir dgn kuat2.

'Jika kamu berzikir semasa dlm keadaan berseorangan, maka Allah akan memuliakanmu dlm keadaan kamu berseorangan, jika kamu berzikir dlm keadaan ramai org nescaya Allah akan mengingatimu dlm keadaan jauh yg lebih baik dari itu'.

Insyaallah perkara mudah tapi selalu terlepas pandang. Moga2 dpt kita amalkan

2 comments:

  1. Mungkin ayat yang dipetik ialah dari ali-imran ayat 190-191, bukan 120-121 seperti dinyatakan.

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Ketahui Cara Memikat dengan pantas. Taip LOG TACKLE ke 36553

    ReplyDelete

SiteSearch Google
Google