Artikel ini dipetik daripada buku Detik-Detik Hidupku: Hasan Al-Banna
Saya masih ingat, satu hari saya pergi berjumpa dgn pengetua sekolah kerana hendak memberi senarai nama-nama penuntut yg tidak hadir ke kuliah. Saya dapati Pengarah Pelajaran, iaitu Syed Raghib berada di pejabat Pengetua. Ketika itu saya sedang memakai baju labuh dan kepala saya berserban. Kasut yg saya pakai adalah jenis sepatu yg dipakai org yg menunaikan fardhu Haji. Pengarah tersebut menyoal saya, 'Mengapa awak berpakaian begini?' saya menjawab. 'Kerana pakaian ini menjadi sunnah.' Dia bertanya lagi, 'Adakah awak telah mengamalkan sunnah-sunnah yg lain dan hanya sunnah ini yg tetap dilakukan?' Saya membalas. 'Tidak, sunnah2 lain saya masih tidak amalkan kerana saya sgt cetek dalam perkara ini. Namun begitu ini adalah usaha saya utk mengikut sunnah.' Pengarah Pelajaran itu pun berkata, 'Awak telah melanggar peraturan tata tertib Maktab dengan berpakaian begitu.' Saya menyoal kembali, 'Bagaimana Tuan boleh menuduh saya melanggar peraturan tata tertib sedangkan saya hadir ke kelas tepat pada waktunya. Dari segi ini, saya tidak pernah ponteng pun. Tata tertib mewajibkan para penuntut berakhlak baik. Di segi ini pun semua guru berpuas hati dgn saya, Insya allah. Sementara dlm kemajuan pelajaran dan kerajinan saya selalu mendapat nombor satu dalam kelas. Kalau begitu, bagaimanakah saya boleh dituduh melanggar peraturan tata tertib Maktab?' Pengarah itu pun berkata, 'Jika awak bertegas hendak memakai pakaian itu apabila awak menamatkan pengajian dlm Maktab ini, maka Jabatan Pelajaran tidak akan melantik awak sebagai guru atas alasan awak berpakaian tidak senonoh di hadapan para penuntut'. Saya menjawab, ,'Walaubagaimanapun, masa itu belum tiba lagi. Apabila ia tiba, Jabatan Pelajaran bebas mengambil tindakannya dan saya pun bebas membuat keputusan saya. Rezeki saya tidak berada di tangan Pengarah Pelajaran atau pun di tangan Kementerian Pelajaran.' Pengarah pelajaran senyap tidak menjawab.
Lihatlah bagaimana peribadi Hasan Al-Banna yg mempunyai pendirian yg teguh didalam mempertahankan sunnah Rasullullah S.A.W. Juga bagaimana dgn perasaan 'self esteem' yg tinggi serta kebolehan petah bercakap dengan seseorang yg mempunyai jawatan yg tinggi drpd dirinya. Semoga ana dan para ikhwah dan akhawat dpt mencontohi sikap yg ditunjukkan tokoh ini.
Kalula kita sume mempunyai semangat begitu..alangkah bagusya
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletebetapa tingginya semangat beliau mempertahankan sunnah rasulullah..
Moga kita juga dikurniakan semangat yang begitu tinggi untuk mempertahankan Islam...benarlah kata beliau bahawa rezeki itu dtgnya drpd Allah dan Allah lah yang berhak ke atas setiap hambaNya dan menentukan segalanya..yakinlah dgn sebenar-benar yakin..Wallahualam..