Friday, October 10, 2008

Rumahtangga Kita Selepas Ramadhan

Ramadhan telah melabuhkan tirainya... Namun apa yang kita dapat? Ya, kita dapat makan. Begitulah kita setiap tahun. Ku titipkan secebis ingatan dan renungan buat diri dan teman-teman. Adakah Ramadhan baru-baru ini telah membekas di hati? Check it out!

1. Semasa Ramadhan begitu rajin berpuasa, menjaga hukum hakam, sah dan batal. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin berpuasa sunat?

2. Semasa Ramadhan begitu rajin solat fardhu berjamaah dan solat sunat tarawih berjamaah. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin solat berjamaah?

3. Semasa Ramadhan begitu rajin menghabiskan 30 juz Al-Qur'an. selepas Ramadhan. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin membaca Al-Qur'an?

4. Semasa Ramadhan begitu rajin bangun setiap malam menghidupkan Qiyamullail. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin menghidupkan Qiyamullail?

5. Semasa Ramadhan begitu rajin bersedekah. Selepas Ramadhan? Adakah masih rajin bersedekah?

Cukuplah lima perkara sahaja. Jika Ramadhan tidak dapat menggalakkan kita untuk berpuasa sunat, solat berjamaah, membaca Al-Qur'an, Qiyamullail dan bersedekah, ini bermakna Ramadhan tidak memberi makna pada diri kita. Kita hanya melakukan lebih banyak Ibadah hanya kerana Ramadhan. Selepas Ramadhan, keadaan Ibadah kembali pada normal sebelum Ramadhan.

Jika Ramadhan tidak dapat menggalakkan langsung kita untuk berpuasa sunat, solat berjamaah, membaca Al-Qur'an, Qiyamullail dan bersedekah, ini bermakna Ramadhan seperti tidak ada dalam kamus hidupnya. Ramadhan sama seperti bulan-bulan lain. Naudzubillahi min dzaalik...

Jika Ramadhan dapat menggalakkan kita untuk berpuasa sunat, solat berjamaah, membaca Al-Qur'an, Qiyamullail dan bersedekah dengan lebih baik, ini bermakna Ramadhan amat memberi makna pada diri kita. Di tahap ini, Ramadhan amat membekas di hati untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang dengan penuh Istiqamah...

Perbaikilah bagi yang beribadah hanya kerana Ramadhan,
Takziah baginya Ramadhan sama dengan bulan yang lain,
Tahniah baginya Ramadhan meningkatkan lagi amalnya...

Dan tak lupa...
Beringat dan beramallah bagi yang belum tentu dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.


Ikhlas dariku

Muthmain

No comments:

Post a Comment

SiteSearch Google
Google