"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."
"Hmm, betul tu Naim."
"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "
*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
Coretan editor: Penulis asal artikel ini tidak dapat dikenal pasti. Apa yang pasti artikel ini sudah pun dipaparkan di laman web yang lain. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan huraian lanjut berkaitan tulang rusuk yang bengkok, anda boleh melayari laman web ini. Sila KLIK-----> al-ahkam.net
Sunday, November 23, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Rayuan Qurban 1429 H
Baitul Muslim: Satu Dialog
Dialog ini tidak menggambarkan pendirian penulis.
Dialog ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana individu,
sama ada yang hidup atau yang telah pergi.
Sekadar berkongsi pandangan untuk pertimbangan pembaca.
Soalan: Boleh ke Ikhwah Kahwin Dengan Bukan Akhawat?
Ikhwah A: Ana rasa boleh je. Jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Kalau telah ditakdirkan dengan bukan akhawat, nak buat camne?
Ikhwah B: Mana boleh camtu. Betul jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Tapi di mana usaha manusia? Cukup dengan berserah saja? Memang Allah telah mentakdirkan jodoh kita, tapi manusia berikhtiar mencari jodohnya yang sesuai.
Ikhwah A: Bukan akhawat pun orang Islam jugak. Takkan tak boleh? Bukankah telah cukup syarat utama dalam hadis Nabi s.a.w. supaya pilih agama wanita tersebut untuk berkahwin?
Ikhwah B: Yang tu Islam secara umum. Islam belum tentu beriman. Iman pun tengok dulu tahap keimanan. Jika Islam sahaja, tapi imannya kurang, lebih baik pilih akhawat. InsyaAllah imannya lebih ok berbanding dengan bukan akhawat.
Ikhwah A: Kalau bukan akhawat ni kuat imannya, agamanya, ana rasa tiada masalah. Lagi senang kita ajak dia ke arah dakwah.
Ikhwah B: Enta boleh jamin ke tiada masalah? Enta yakin ia senang diajak ke arah dakwah? Ana yakin biar kuat agama sekalipun, belum tentu ia faham tugas dakwah. Berbanding dengan akhawat, ia sudah faham akan tugas dakwah. Jadi, insyaAllah, tak payah ajak ke arah dakwah. Akhawat dah memang faham tugas dakwah dan lakukan dakwah.
Ikhwah A: Kalau macam tu, sampai bila dakwah nak berjalan? Macam mana kita nak ajak bukan akhawat jadi akhawat? Bukankah kahwin dengan bukan akhawat ni salah satu usaha dakwah ke atas mereka?
Ikhwah B: Banyak lagi cara dakwah yang lain. Mengapa difokuskan kepada kahwin sahaja? Jika boleh dakwah pada isteri sekalipun, ia komponen yang kecil, hanya seorang sahaja. Kita nak dakwah ramai orang. Dakwah ni memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Isteri yang bukan akhawat, yang tak faham dakwah dah tentu komplen jika si suami yang mengorbankan masa dan tenaga kerana program dakwah. Dah tentu konflik akan berlaku.
Ikhwah A: Sebab itu persefahaman penting. Si suami perlu memahamkan si isteri yang bukan akhawat ni. Jika berbincang, insyaAllah tak berlaku konflik.
Ikhwah B: Konflik dan perbincangan itu pun dah ambil masa untuk diselesaikan. Sedangkan tugas dakwah kita makin banyak. Ini bukanlah membantu tugas dakwah si suami. Bahkan merencatkan lagi program dakwah si suami.
Ikhwah A: Dengan konflik dan perbincangan tu la yang akan mematangkan hidup dakwah si suami. Hikmah suami diperlukan dalam mendidik isteri yang bukan akhawat.
Ikhwah B: Enta ni serius ke nak buat tugas dakwah? Enta nak ke dakwah enta terjejas hanya kerana mengambil hati isteri yang bukan akhawat? Berapa ramai ikhwah yang akhirnya menyesal kerana mangambil bukan akhawat. Mulanya amat yakin untuk "mengakhawatkan" isteri yang bukan akhawat. Tapi, apa yang jadi? Si suami sibuk melayan karenah isteri. Bila dakwah nak berjalan apabila rumahtangga tak bahagia?
Ikhwah A: Enta boleh jamin ke berkahwin dengan akhawat akan bahagia? Tak semestinya. Kebahagiaan terletak pada kebijaksanaan si suami mengendalikan rumahtangga dan ketaatan si isteri. Jika bukan akhawat tu seorang yang taat pada perintah suami, dah tentu bahagia jugak. Si suami pun akan senang buat kerja dakwah.
Ikhwah B: Benar, berkahwin dengan akhawat belum tentu bahagia. Tapi majoriti yang berkahwin dengan akhawat, mereka bahagia dan lagi senang buat kerja dakwah sama-sama. Buat kerja dakwah sama-sama kan lebih bahagia? Cuba enta fikir, enta lebih suka yang mana satu: Akhawat yang meyokong dan membantu kerja dakwah enta atau pun bukan akhawat yang belum pasti membantu bahkan merencatkan lagi dakwah enta?
Ikhwah A: Kenapa kita "rigid" sangat? Seolah-olahnya kahwin dengan bukan akhawat tak boleh langsung. Jika si suami tu ikhlas mendidik si isteri untuk menjadi akhawat, dah tentu si isteri akan faham dakwah dengan izin Allah.
Ikhwah B: Bukan masalah "rigid". Ia adalah fakta. Berdasarkan pengalaman ikhwah lain, kebarangkalian untuk "mengakhawatkan" isteri yang bukan akhawat adalah rendah. Bahkan berlaku sebaliknya apabila kebarangkalian ikhwah tu pula meninggalkan medan dakwah adalah tinggi. Ana tak menafikan keikhlasan si ikhwah mendidik isteri yang bukan akhawat. Cuma kita perlukan pengalaman ikhwah terdahulu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.
Ikhwah A: Ana berkeyakinan bahawa yang bukan akhawat boleh dididik ke arah dakwah selepas perkahwinan nanti, insyaAllah.
Ikhwah B: Ana tak dapat menghalang pilihan enta jika niat enta ikhlas. Ana mendoakan supaya enta diberi kekuatan untuk mendidik bukan akhawat. Cuma ana terfikir, jika ramai ikhwah berkahwin dengan bukan akhawat, siapa pula yang akan berkahwin dengan akhawat? Jika dapat suami yang bukan ikhwah, apakah nasib akhawat nanti untuk melakukan kerja dakwah?
Belum tentu akhawat dapat menjalankan kerja dakwah. Bahkan menjadi bebanan akhawat pula untuk mendidik si suami yang tak faham dakwah. Lebih teruk lagi, si suami yang bukan ikhwah ni akan menghalang tugas dakwah si akhawat ni. Na'udzu billah...
Bukankah ini menjadi satu kesalahan kepada ikhwah kerana berkahwin dengan bukan akhawat? Ikhwah membiarkan akhawat dikahwini bukan ikhwah menyebabkan tugas dakwah akhawat terhenti sedangkan dakwah tu wajib. Cuba renungkan.
Ikhwah A: Akhawat tu boleh saja menolak pinangan bukan ikhwah. Akhawat ada hak.
Ikhwah B: Bagaimana kalau bukan ikhwah tu adalah pilihan keluarga? Bukankah bapa akhawat tu wali mujbir yang boleh memaksa akhawat tu untuk berkahwin dengan bukan ikhwah?
Ikhwah A: Ia bergantung kepada kebijaksanaan akhawat untuk mengelakkannya. Sebagai bapa, sudah tentu ia menanyakan persetujuan akhawat tersebut. Tak guna bapa tu paksa jika hati anaknya tak bahagia.
Ikhwah B: Sampai bila akhawat tu nak menunggu? Tunggu ikhwah lamar, tak lamar-lamar pun. Takkan nak tunggu sampai jadi andartu? Akhawat pun seorang manusia yang inginkan sebuah rumahtangga.
Ikhwah A: Kan ramai lagi ikhwah yang akan melamar akhawat...
Ikhwah B: Jika semua ikhwah berfikiran begini, ana pasti banyak tugas dakwah & jamaah terbantut hanya kerana perkahwinan. Tugas dakwah ikhwah terbantut kerana berkahwin dengan yang bukan akhawat. Tugas dakwah akhawat pula terbantut kerana berkahwin dengan bukan ikhwah. Ini sangat membimbangkan.
Ikhwah A: Kita perlu fikir dari sudut positifnya... Ikhwah dapat berdakwah kepada isteri yang bukan akhawat. Akhawat pula dapat berdakwah pada suami yang bukan ikhwah. Jika peranan ini terjadi, ana yakin kerja dakwah & jamaah akan berjaya.
Ikhwah B: Mudahnya berbicara dengan teori sedangkan praktikalnya belum pasti begitu. Ini masalah perkongsian hidup hingga ke mati. Bukannya masalah macam bola. Boleh ditendang sana ditendang sini.
Ikhwah A: Emosi betul enta ni. Bagi ana, nak kahwin dengan akhawat ke, bukan akhawat ke, terpulang pada ikhwah. Jika seseorang tu yakin bahawa kahwin dengan bukan akhawat boleh membentuk rumah tangga Muslim, ana rasa tiada masalah. Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan kita dapat membentuk 100% rumah tangga Muslim. Kenapa meletakkan kesalahan pada ikhwah hanya kerana tidak berkahwin dengan akhawat?
Jika akhawat berkahwin dengan bukan ikhwah, kesalahan bukan terletak pada ikhwah. Kesalahan terletak pada akhawat tu sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapa dan tidak menyatakan pilihannya sebenar. Ibu bapa juga bersalah kerana tidak memilih lelaki yang beriman sebagai pasangan hidup akhawat tersebut.
Ikhwah B: Benar, ana tak jamin 100%. Tapi ana jamin 200%. Cuba lihat surah At-Taubah ayat 71. Lelaki beriman menjadi penolong kepada perempuan beriman dalam dakwah. Jika lelaki beriman tak tolong, apakah nasib perempuan beriman dalam dakwah nanti. Perkahwinan adalah salah satu pertolongan kepada akhawat untuk melancarkan kerja dakwah.
Ikhwah A: Ayat tu betul tapi tiada dalil jelas ikhwah wajib berkahwin dengan akhawat. Cuba lihat surah An-Nuur ayat 26 pulak. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Di kalangan bukan akhawat pun ada juga yang baik, punya kesedaran agama. Di kalangan bukan ikhwah pun ada yang baik dan beragama. Cuma kesedaran dakwah perlu diterapkan. Enta tak boleh nafikan ayat ini.
Ikhwah B: Nampaknya perbincangan kita dah jauh. Apa kesimpulan kita nak buat sekarang? Enta masih berpegang dengan hujah anta. Ana tetap berpegang dengan hujah ana.
Ikhwah A: Kesimpulan ana ialah... Dalam dakwah, berkahwin dengan akhawat adalah digalakkan. Takde la sampai wajib berdasarkan hujah ana. Namun, janganlah kita menafikan ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat. Jika ikhwah tersebut berkahwin dengan bukan akhawat, tetapi peranan dakwah & jamaah masih berjalan lancar, ana rasa no problem, go on. Bukan berkahwin dengan akhawat tu wajib tapi dakwah tu yang wajib.
Ikhwah B: Kesimpulan ana pula ialah... Ana merasakan berkahwin dengan akhawat tu adalah perlu untuk menjalankan dakwah bersama-sama. Lebih baik berkahwin dengan wanita yang sudah biasa dengan dakwah berbanding dengan yang belum ada pengalaman dakwah.
Ikhwah A: Kalau macam tu, apa kata ikhwah kahwin dua-dua sekali? Kahwin dengan akhawat dan bukan akhawat. Ikhwah berpoligami. Macam mana? Bagus tak idea ni?
Ikhwah B: Bagi ana, takda halangan. Lelaki ada kuota sampai empat, hehe... Tapi tengok juga pada kemampuan ikhwah tu.
Ikhwah A: Tapi akhawat rela ke?
Ikhwah B: Sebagai akhawat, mereka perlu faham dengan hukum Allah. Bukan masalah rela atau tidak. Mereka tak boleh halang poligami. Jika itu kehendak suami dan suami mampu serta masih meneruskan tugas dakwah, no problem.
Ikhwah A: Jadi enta setuju la kahwin dengan bukan akhawat? Haa... Kantoi. Tadi cakap lain.
Ikhwah B: Dari sudut poligami, ya, ana setuju. Yang penting mesti ada akhawat.
Ikhwah A: Wah, hebat enta ni! Nak kahwin dua pulak... Hehe...
Ikhwah B: Kita ni dah ke tajuk poligami ni. Dah jauh tersasar dari topik sebenar. Eh, bukan ke enta ada test esok?
Ikhwah A: Ha'ah. Tak perasan la pulak. Syukran ingatkan ana.
Ikhwah B: Itulah sibuk cerita pasal kahwin. Test pun tak ingat.
Ikhwah A: Untuk masa depan, hehe.. Enta pun apa kurangnya. Exam tak lama lagi, sibuk berhujah pasal kahwin. Mana ada dalam silibus subjek course enta?
Ikhwah B: Sama-sama la kita, untuk masa depan. Silibus ada, dalam silibus hidup :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
SiteSearch Google