Sunday, January 13, 2008

Explorace Karisma UiTM 2008

Assalamualaikum buat semua sahabat yang dirahmati Allah
Disini ingin dikongsikan bersama program yang telah dijalankan oleh K-uitm s.alam pada hari ahad yang lepas bersamaan 3 muharram 1429 hijrah. Uitm s.alam telah menganjurkan program Explorace bertempat di sekitar tasik s.alam. Program yang diadakan pada awal sem ini adalah bertujuan utk menarik mad'u baru dan juga mengeratkan ukhuwwah sesama ahli yang lama.
Pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi melihatkan kehadiran peserta akhawat datang secara beramai-ramai, ini kerana pada malam sebelumnya mereka telah melakukan Qiamullail di tadika seksyen 18 utk mendapatkan kekuatan jiwa sebelum menempuhi halangan berbentuk fizikal dalam explorace.Kehadiran agak memberangsangkan walupun tidak boleh dibanggakan iaitu seramai 15 ikhwah dan 28 orang akhawat. Explorace bermula setelah peserta bersarapan, bersenam dan diberikan taklimat ringkas.
Aktiviti explorace kali ini melibatkan 6 cabaran atau checkpoint yang perlu diatasi oleh peserta merangkumi aspek kesabaran, keberanian, kekuatan akal fikiran, ketahanan fizikal dan juga keseriusan dlm melakukan tugas seperti yang terdapat dlm 10 muwasoffat tarbiyyah. Salah satu drpd checkpoint yang perlu dilepasi dimanakan 'direct selling' dimana peserta dikehendaki berkomunikasi dengan foreigner yang ditempah khas bagi meyakinkannya tentang keindahan islam Cuaca yang cerah dari pagi hingga ke ptg telah membuatkan aktiviti berjalan dengan lancar.
Setelah program explorace selesai pada jam 12.00 tengahari, kemudian disusuli dengan pengisian yang diberikan oleh Mas'ul uitm s.alam yang dihormati iaitu pakcik Roslan. Pengisian yang disampaikan membincangkan topik kepentingan masa bagi seorang individu muslim. Program berakhir pada jam 2.00 ptg selepas solat zohor secara berjemaah di masjid negeri,shah alam. Jazakumullah khairan khathira diucapkan kepada akh siddiq, farhan, pakcik roslan,
makcik min dan semua orang yang telah menjayakan program.
















No comments:

Post a Comment

SiteSearch Google
Google