Wednesday, June 25, 2008

Tips Temuduga

PADA HARI TEMUDUGA:
  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).

  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.

  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.

  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.

  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.

  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.

  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.

  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.

  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.

  16. Cuba kembangkan jawapan “ya” atau “tidak” anda dengan sebab musabab yang munasabah.

  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.

  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.

  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.

  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, “I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan”. Ataupun “You taulah, problem ini begitu complicated”. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.

  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

Monday, June 23, 2008

Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab..

JANGAN MENGELUH....
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...


________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
________________________________________

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45
________________________________________

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
________________________________________

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129
________________________________________

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Friday, June 6, 2008

Ingat 5 Sebelum 5

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

#1 Sihat sebelum sakit
#2 Muda sebelum tua
#3 Kaya sebelum miskin
#4 Lapang sebelum sempit
#5 Hidup sebelum mati

Kehidupan yang kita lalui ini biasa kita akan melihat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Namun kita manusia kadang2 lalai dan leka. Oleh itu, kalau terasa malas nak mentarbiah diri selalulah mengingati diri kita bahawa akan datang kematian yang menghilangkan nikmat dunia ini. Dengan selalu mengingati mati kita akan menjadi org yang paling pandai mengikut ukuran Rasulullah S.A.W. Bukannya org yg memiliki P. hD, Master, Degree dan sebagainya. Walaupun begitu, tak dihalang bagi yang ingin mendapatkan kelulusan tadi. Cuma jangan terlalu memikirkan tentang dunia lebih dari alam barzakh dan akhirat. Kalau yang pernah mengikuti program KBM(Keindahan Bersamamu) anjuran KRJ Johor, tentu mudah nak ingat mati. Jadi sapa2 yang tak pernah ikut program KBM, ana sarankan pergi program mereka jika ada peluang. Supaya kita akan istiqamah dalam kerja dakwah ini, insyaallah amin.

Thursday, June 5, 2008

CATATAN PERJALANAN KE WALIMAH ARBAIN

Tarikh 31 Mei 2008 merupakan hari yang bersejarah buat pasangan Arbain dan Syikin kerana mereka dinikahkan dan menjadi raja sehari. Kami yang terdiri drpd 7 org yg merupakan rakan usrah Arbain bersama dgn Pakcik Roslan telah mengambil keputusan untuk pergi ke majlis walimah di rumah pengantin perempuan bertempat di Nilai. Untuk makluman semua, Arbain merupakan ajk biro perhubungan dan kebajikan Karisma uitm bagi sessi 2006/07 dan juga merupakan anak usrah kepada pakcik Roslan.

Perjalanan bermula pada jam 10.30 pagi dengan menaiki kereta avanza yang dipandu oleh aizat setelah mendapat perkenan daripada ibu bapanya. Distinasi pertama kami adalah pasaraya Tesco kerana kami hendak membeli sedikit hadiah buat Arbain. Pening jugak memikirkan hadiah yang hendak dibeli namun dengan bantuan drpd orang yg telah mendirikan rumah tangga 20 tahun, akhirnya kami telah membuat keputusan untuk membeli barang keperluan rumah. Kalau nak tahu ape hadiahnya, boleh la bertanya kepada mereka yang hadir.

Setelah siap membeli hadiah, kami pun terus berangkat ke Nilai melalui highway Elite. Perjalanan mengambil masa hampir sejam dengan pemanduan yang berhemat oleh Aizat yang memecut pantas dgn penunjuk arah oleh Saad. Apabila kami mula masuk ke kawasan Nilai, pemandangan telah betukar menjadi warna-warni sbb dipenuhi kedai2 yang menjual pelbagai jenis kain. Pakcik lan pun telah bercadang utk pergi bersama2 makcik Min suatu hari kelak untuk ke sana.

Kawasan kampung rumah pengantin perempuan yang dipenuhi dengan pokok2 durian dan juga rambutan yang telah mula berbuah membuatkn kami merasa seronok dengan pemandangan tersebut. Kalau la musim durian dah mula mesti lagi best. Apabila sampai di rumah pengantin, pak cik lan mengingatkan kami agar ikhlaskan niat dihati utk hadir ke walimah tersebut, jangan mudah ‘kecik hati’ sekiranya pengantin tidak melayan kita walaupun kita penat2 dtg dari jauh. Waktu kami tiba, pengantin lelaki belum sampai lagi, kami pun dengan pantas menuju ke meja hidangan makanan untuk mengisi perut yang sengaja dikosongkan utk diisi dgn nasi minyak.

Setelah selesai makan, barulah pengantin lelaki tiba dengan berpakaian baju melayu berwarna kuning dengan wajah yang berseri-seri hinggakan kami pun terasa auranya. Pengantin lelaki menuju ke meja santapan bersama pengantin perempuan utk makan bersama. Pada waktu itu, kami semua mengambil kesempatan utk bersalaman dengan Arbain utk mengucapkan tahniah dan ‘ambil berkat’. Sempat juga ambil gambar bersama pengantin. Setelah itu kami pun mengundurkan diri utk pulang bagi memberi peluang pada hadirin yang lain..

Itulah sedikit perkongsian perjalanan ke majlis walimah Arbain. Mungkin lepas ni akan ade catatan majlis walimah yang lain memandangkan ramai ikhwah dan akhawat dari daearah petaling yang telah tamat belajar. insyaAllah sebarang penambahan boleh dilakukan mereka2 yang lain.






p/s: baru belajar mengarang cerita.

Wednesday, June 4, 2008

Tahukah Anda..

Setiap hukum yang dijadikan Allah di dunia ini pasti ada sebab dan musababnya..
Mengapakah orang2 Islam yang beragama Islam sekiranya berzina, hukumannya disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan dihukum rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin? Mari kita selami sifat biologi kita...

Badan manusia mengeluarkan sel-sel darah putih ataupun antibiotik.Peranannya adalah untuk melawan sebarang penyakit di dalam sistem badan manusia. Sel-sel ini terletak di bahangian belakang tulang, berhampiran dengan sum-sum tulang manusia.

Sel-sel ini dijana setiap hari di dalam kuantiti beribu-ribu bagi mereka yang belum bekahwin, tetapi hanya sebanyak 10 sel sehari bagi mereka yang telah berkahwin, memandangkan kebanyakan sel ini akan hilang apabila berlaku perhubungan suami isteri.

Oleh itu, apabila seseorang itu ditangkap berzina, dan dia belum berkahwin, maka hendaklah dia disebat sebanyak 100 kali. Ini kerana, apabila dia disebat, satu isyarat mengenai kesakitan itu akan menyebabkan penghasilan beribu-ribu sel antibiotik sekaligus, lantas menyerang virus HIV, sekiranya memang telah wujud dalam sistemnya apabila melakukan penzinaan.

Sebaliknya, bagi mereka yang telah berkahwin dan telah berzina, walaupun disebat 100 kali atau diseksa dengan lebih teruk, hanya 10 sel sahaja yang akan terhasil, dan tidak mampu melawan sebarang virus HIV yang berkemungkinan telah merebak di dalam badan.

Maka Islam telah mensyariatkan supaya dia dihukum rejam sampai mati, untuk menghalang sebarang virus HIV di dalam badannya daripada terus merebak kepada orang lain, terutama isterinya apabila melakukan hubungan suami isteri. Tujuan sebatan dan rejaman itu dilakukan dikhalayak ramai, adalah semata-mata untuk dijadikan satu pengajaran bagi si pesalah dan orang-orang yang menyaksikannya.

Allah S.W.T. berfirman perkara yang sama di dalam kebanyakan surah Al-Quran:

"Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak engkau ketahui."


Lihatlah...betapa Maha Pengasih dan Penyanyangnya Allah kepada setiap hambaNya..Setiap hukum yang dijadikan Allah pasti ada hikmahnya..dan setiap hukum Allah ini tidak akan berubah sampai bila-bila..pasti!!

"Demikianlah hukum Allah yang telah berlalu sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu"
[Al-Fath: 23]


10 WASIAT dari IMAM HASAN AL-BANNA

  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun krn pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalan dengan setiap orang Muslimin yang ditemui kerana asa gerakan dakwah kita adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Dipetik dari laman web Persatuan Ulama' Malaysia

Sunday, June 1, 2008

Ikhlas kerana Allah

"Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu" Surah al-Ihsan ayat 6.


Ada 3 golongan org bersedekah yg Allah terima amalan mereka jika ikhlas


1- Org memberi makan anak yatim
2-Org memberi makan org2 miskin
3- Org memberi makan tawanan perang

Tetapi eloklah kalau disedekahkan makanan yg dihajati dan yg elok. Maksudnya kalau si pemberi sedekah itu sendiri makan makanan yg sedap pada seleranya, maka lebih elok jika diberi makanan yg sama kepada org yg menerima sedekahnya.
SiteSearch Google
Google