Thursday, June 5, 2008

CATATAN PERJALANAN KE WALIMAH ARBAIN

Tarikh 31 Mei 2008 merupakan hari yang bersejarah buat pasangan Arbain dan Syikin kerana mereka dinikahkan dan menjadi raja sehari. Kami yang terdiri drpd 7 org yg merupakan rakan usrah Arbain bersama dgn Pakcik Roslan telah mengambil keputusan untuk pergi ke majlis walimah di rumah pengantin perempuan bertempat di Nilai. Untuk makluman semua, Arbain merupakan ajk biro perhubungan dan kebajikan Karisma uitm bagi sessi 2006/07 dan juga merupakan anak usrah kepada pakcik Roslan.

Perjalanan bermula pada jam 10.30 pagi dengan menaiki kereta avanza yang dipandu oleh aizat setelah mendapat perkenan daripada ibu bapanya. Distinasi pertama kami adalah pasaraya Tesco kerana kami hendak membeli sedikit hadiah buat Arbain. Pening jugak memikirkan hadiah yang hendak dibeli namun dengan bantuan drpd orang yg telah mendirikan rumah tangga 20 tahun, akhirnya kami telah membuat keputusan untuk membeli barang keperluan rumah. Kalau nak tahu ape hadiahnya, boleh la bertanya kepada mereka yang hadir.

Setelah siap membeli hadiah, kami pun terus berangkat ke Nilai melalui highway Elite. Perjalanan mengambil masa hampir sejam dengan pemanduan yang berhemat oleh Aizat yang memecut pantas dgn penunjuk arah oleh Saad. Apabila kami mula masuk ke kawasan Nilai, pemandangan telah betukar menjadi warna-warni sbb dipenuhi kedai2 yang menjual pelbagai jenis kain. Pakcik lan pun telah bercadang utk pergi bersama2 makcik Min suatu hari kelak untuk ke sana.

Kawasan kampung rumah pengantin perempuan yang dipenuhi dengan pokok2 durian dan juga rambutan yang telah mula berbuah membuatkn kami merasa seronok dengan pemandangan tersebut. Kalau la musim durian dah mula mesti lagi best. Apabila sampai di rumah pengantin, pak cik lan mengingatkan kami agar ikhlaskan niat dihati utk hadir ke walimah tersebut, jangan mudah ‘kecik hati’ sekiranya pengantin tidak melayan kita walaupun kita penat2 dtg dari jauh. Waktu kami tiba, pengantin lelaki belum sampai lagi, kami pun dengan pantas menuju ke meja hidangan makanan untuk mengisi perut yang sengaja dikosongkan utk diisi dgn nasi minyak.

Setelah selesai makan, barulah pengantin lelaki tiba dengan berpakaian baju melayu berwarna kuning dengan wajah yang berseri-seri hinggakan kami pun terasa auranya. Pengantin lelaki menuju ke meja santapan bersama pengantin perempuan utk makan bersama. Pada waktu itu, kami semua mengambil kesempatan utk bersalaman dengan Arbain utk mengucapkan tahniah dan ‘ambil berkat’. Sempat juga ambil gambar bersama pengantin. Setelah itu kami pun mengundurkan diri utk pulang bagi memberi peluang pada hadirin yang lain..

Itulah sedikit perkongsian perjalanan ke majlis walimah Arbain. Mungkin lepas ni akan ade catatan majlis walimah yang lain memandangkan ramai ikhwah dan akhawat dari daearah petaling yang telah tamat belajar. insyaAllah sebarang penambahan boleh dilakukan mereka2 yang lain.






p/s: baru belajar mengarang cerita.

No comments:

Post a Comment

SiteSearch Google
Google