Piala Dunia akhirnya telah kembali.Beribu-ribu manusia telah bersiap sedia untuk menonton perlawanan samada secara live ataupun di televisyen. Tidak dinafikan, bolasepak merupakan sukan yang digemari oleh jumhur rakyat bumi. Di kalangan yang menggemarinya, sebahagian besar pernah bermain bolasepak meskipun tidak selalu dan tidak mewakili apa-apa sekolah, tempat kerja mahupun persatuan. Maksud saya, di kalangan yang menggemari bolasepak, hanya sebahagian kecil yang benar-benar turun ke padang berlari ke utara, selatan, timur dan barat mengejar sebiji bola. Baki yang selebihnya hanya menonton, menyokong dan mengikuti perkembangan. Di sini saya ingin mengajak para pembaca sekalian kepada satu fakta penting. Islam menggalakkan umatnya bersukan, bukan menonton orang lain bersukan. Pengecualian adalah jika yang bersukan itu ialah kaum keluarga terdekat, maka boleh menonton demi memberi sokongan moral dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Adapun menonton sesebuah negara, negeri atau kelab bersukan lalu memberi sokongan kepada mereka, maka ia adalah tindakan yang memerlukan penilaian semula. Sebab, di manakah kepentingan memberi sokongan kepada pasukan sebuah negara bersukan padahal negara itu tidak ada kaitan kepada kepentingan Islam dan umatnya? Di manakah manfaat menghabiskan masa menonton perlawanan bolasepak antara negeri sementara masing-masing negeri lebih memerlukan warganya berusaha menaikkan tarak kehidupan masing-masing? Di manakah hikmah menyorak sebuah kelab bolasepak padahal jika penyorak itu dalam kehidupan hariannya menghadapi sesuatu masalah umpama sakit kronik, dibuang kerja atau kesempitan kewangan, kelab itu tidak akan menolong mereka walau sedikit jua? “Ehh! Tentulah negara, negeri dan kelab bolasepak tidak ada kaitan dengan apa yang anda sebut di atas!” demikian agaknya jawapan sebahagian pembaca. Saya berkata, Ya! Tepat sekali! Jika demikian, mengapa anda menyerahkan jiwa, raga dan masa menyokong sesuatu yang tidak peduli langsung tentang anda? Sudah tentu ia satu tindakan yang tidak bijak di kalangan kita yang telah dikurniakan Allah s.w.t. akal fikiran. Ambil saja contoh jumlah masa yang digunakan untuk menonton bolasepak. Sekalipun menonton dalam keselesaan rumah sendiri, banyak masa digunakan untuk menonton perlawanan demi perlawanan, serta berehat sebelum atau selepas menonton. Padahal masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia sehinggakan Allah s.w.t. bersumpah dengan masa bagi menunjukkan nilainya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [al-‘Ashr 103:1-3]Ciri Muslim Bertaqwa. Para ilmuan berbeza pendapat dalam menentukan penjelasan yang terbaik bagi pengertian taqwa. Bagi saya, muslim yang bertaqwa ialah muslim yang merasa gerun menghadapi saat dia akan disoal oleh Allah s.w.t. pada Hari Akhirat kelak. Atas sikap gerun, dia berusaha semasa kehidupan di dunia bagi menyediakan jawapan yang sebaik-baiknya ketika di Akhirat kelak. Kita boleh berusaha menyediakan jawapan ketika di dunia ini kerana Allah s.w.t. telahpun menerangkan soalan-soalan yang bakal ditanya. Lima yang pasti ditanya tanpa pengecualian ialah sepertimana hadis berikut: Tidak berganjak dari sisi Allah kedua tapak kaki manusia pada Hari Kiamat (kelak) sehingga dia ditanya tentang lima perkara: (1) Tentang umurnya – untuk apa ia dihabiskan, (2) Tentang masa mudanya – untuk apa ia digunakan, (3) Tentang hartanya – dari mana ia diperolehi, (4) (Tentang hartanya) – kepada apa ia dibelanjakan, (5) Dan apa yang dia amalkan dari ilmu yang dimiliki. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2416] Justeru seorang muslim yang bertaqwa – dan saya yakin para pembaca sekalian adalah muslim yang bertaqwa – akan pastikan amalan mereka di dunia ini akan memberikan mereka kelulusan cemerlang untuk soalan-soalan di atas pada Hari Akhirat kelak. Atas sikap gerun kepada Allah s.w.t., seorang muslim tidak akan menjawab soalan pertama sebagai: “Saya menghabiskan kebanyakan umur saya menonton bolasepak”. Atas sikap takut kepada Allah s.w.t., seorang muslim tidak akan menjawab soalan kedua sebagai: “Saya menggunakan masa muda saya mengejar sebiji bola”.Zikir dan Sukan. Seperti yang saya nyatakan di atas, Islam menggalakkan umatnya bersukan, bukan menonton orang lain bersukan. Bersukan bukan sebarangan sukan, tetapi sukan yang dapat memberi manfaat kepada Islam dan umatnya:Segala sesuatu yang bukan merupakan zikir kepada Allah ‘azza wa jalla maka ia adalah sia-sia dan kelalaian kecuali empat perkara: (1) belajar memanah, (2) berlatih untuk meningkatkan ketangkasan berkuda, (3) bersenda gurau dengan ahli keluarga dan (4) belajar berenang. [al-Silsilah al-Shahihah, no: 315]Sama-samalah kita bertanya secara jujur kepada diri sendiri, bagaimanakah mengejar sebiji bola atau menonton dan menyorak 22 orang lain mengejar sebiji bola dapat diselarikan dengan tuntutan hadis di atas? from http://hafizfirdaus.com/content/view/393/1/ |
Sunday, June 13, 2010
Piala Dunia 2010
Tuesday, May 4, 2010
Kisah BILAL BIN RABAH
Di mana sahaja kita berada di pelusuk dunia, pasti akan ada orang yang mengenali Bilal Bin Rabah. Kelahirannya dari bumi Habsyah, mengikut riwayat lain, dari negara hijaz.\
Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudu’ yang tidak pernah diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.
“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.
Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.
Beliau menjadi hamba kepada seorang tokoh besar kafir, Umayyah bin Khalaf. Seorang yang sangat membenci Islam. Berani dengan orang lemah, tetapi takut dengan orang yang berkuasa.
Semasa bilal masih hamba, berita keislaman bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa bilal sezalim-zalimnya. Dia menelanjangkan bilal, lalu mencampakkan tubuh yang tidak seurat benang itu ke padang pasir yang kepanasan. Di letakkan batu yang berat di dada bilal, sehingga sendat penafasan Bilal. Tidak dapat dilafaz, melainkan “ahad, ahad dan ahad” sahaja, sebagai tanda ketauhidan bilal terhadap Allah SWT.
Abu Bakar As-Siddiq R.A melihat kezaliman Umayyah yang sudah sampai ke tahap luar dari peri kemanusiaan, malah peri kebinatangan, menyebabkan Abu Bakar telah membeli Bilal, malah memerdekakannya.
Bilal terselamat dari seksaan Umayyah, tetapi kejahatan Umayyah tidak berhenti sekadar itu, malah berterusan pula dilakukan terhadap keluarga Ammar bin Yasir sehingga berlaku pembunuhan terhadap bapa Ammar, Yasir dan ibunya, Sumayyah binti Al-Khayyat.
Umayyah yang jahat dibunuh Bilal dalam peperangan Badar, waimma pada asalnya, dia tidak mahu terlibat dalam peperangan badar tersebut. Dia sudah menjangkakan, kehadirannya dalam peperangan badar akan menyebabkan dia berketemu dengan Bilal.
Tidak mahu terlibat dalam peperangan badar, memperlihatkan kekecutan Umayyah yang dilihat berani dihadapan hamba-hamba yang lemah. Uqbah bin Abi Muayyit memperlekeh Umayyah dengan menggambarkan Umayyah seperti perempuan.
Diambilnya setanggi wangian, diperasapkan dihadapan Umayyah seraya berkata, ”wangian setanggi akan melekat kepada tubuh kamu wahai Umayyah. Ini menandakan, kamu sebenarnya tidak jantan, tetapi adalah wanita” Abu Muayyit ketawa terbahak-bahak.
Bagai dipelempang ke muka dengan penghinaan yang dilakukan oleh Abu Muayyit itu, menyebabkan Umayyah terlibat juga dalam peperangan Badar yang merupakan perang yang terakhir dia sertai, seterusnya berjumpa dengan tuhan yang maha memberi keadilan.
Umayyah terbunuh dalam peperangan badar dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti bilal yang diseksanya dahulu.
Sejak Islam bilal, beliau terlalu rapat dengan Nabi SAW. kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.
Di saat azan disyariatkan, bilal yang menyebut kalimah ”ahad, ahad dan ahad” dikala awal keislamannya yang diseksa oleh kuffar, dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin (baca : tukang azan). Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.
Selepas kewafatan Nabi, Bilal bersedih hati yang teramat sangat. Beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila dilihat ke Makam nabi, pasti matanya tidak disedari menitiskan air.
Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah untuk meminta izin untuk berpindah ke negara lain. dia tidak bersedia untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.
Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.
Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Permintaan itu dimakbulkan oleh Umar.
Dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.
Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.
“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.
Sedar dari mimpi, bilal kesedihan. Kerinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW sebagai cara untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Rasulullah SAW.
Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata menitis lebat.
Dia berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.
Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”
Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung kaabah dan berdiri. Beliau pun memulakan laungan azan.
“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan madinah kegamatan. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.
Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” kegamatan madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia.
Tangisan yang berpunca, cari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta. Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.
Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.
Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta, waimma untuk satu solat sahaja, maka bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.
Inilah bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.
Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.
Friday, April 23, 2010
Orang Ikhlas Tertindas?
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…Lalu saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah untuk kehidupan kita yang barakah ini…
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.
Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Tuesday, April 20, 2010
'Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang ada di bumi dan bagi NYA segala puji di akhirat ..dan DIA lah yang Maha Bijaksana lg Maha Mengetahui'
[Saba' 34;1]
al da best !!!
dari kami:
Pimpinan2 KARISMA DAERAH PETALING
Menjadi golongan SABIQUUN
[al-Waqi'ah; 10-12]
Sifat suka bersegera, apabila diletakkan pd tempat yg betul, memang amat dipuji Allah SWT. Malah itulah sifat yg dimiliki oleh orang2yg benar2 cemerlang disisi Allah. Mereka bersegera melakukan kebaikan dan ketaatan. Golongan ini digelar 'AS-SABIQUUN'.
[al-Mukminun; 61]
Allah memuji golongan ini melalui kata2 NYA yg bermaksud ,
"mereka itulah golongan yg bersegera utk melakukan kebaikan"..Golongan ini bertindak aktif. Mengapa?apa rahsianya? Ini kerana hati mereka takut ketika maut datang, amalan mereka masih kosong. Jesteru, mereka berlumba2 mendahului melakukan amal. ini dilakukan semata2 utk mendapatkan keredhaan & kasih tuhan.
Allah membahagikan manusia kpd 3 kategori [al-waqi'ah; 8-12]:
1) golongan kanan {MAIMANAH}
2) golongan kiri {MASYAMAH}
3) golongan as sabiquun {MERKA INI YG DEKAT DGN ALLAH & BERADA DLM SYURGA KENI'MATAN}
Mereka inilah yg paling cemerlang dan istimewa. dlm surah [al-Mukminun; 57-61]
tuhan menceritakan kategori ciri2 org yg ke3..
"Sesungguhnya org yang berhati2 takutkan azab tuhan, beriman dgn ayat2 tuhan, tidak mempersekutukan apa2 dgn tuhan dan org yg memberikan apa yg mereka berikan dgn hati yg takut krna mereka tahu mereka akan kembali kpd tuhan".
bile berkata mengenai as-sabiquun, ia berkait rapat dgn hati..hati as-sabiquun senantiasa rapat dan beringat2 akan hari kiamat. oleh itu, marilah kita bersegera dlm segala hal. dan ini kerana kita taknak hanya menjadi spt buih2 kala berlaku banjir.[Imam Abu Daud]
jangan sampai kita - CINTAKAN DUNIA DAN BENCI MATI =( oleh itu mari kita bersegera melakukan kebaikan , berusaha menjadi golongan as-sabiquun.
Coretan KONVENSYEN AQSA SYARIFF 2010..
Alhamdulillah , syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masih di beri peluang utk menghirup O2..
Disini ana kongsikan sedikit catatan perjalanan sepanjang ke KONVENSYEN AQSA SYARIFF.
Perjalanan kami (bersama adik2 Puncak Alam) bermula seawal 6.45pg, dgn hujan lebat beserta kilat. ada kerisauan di hati, tp bagaikan ada suatu semangat dan kebahagiaan yg dirasakan utk ke konvensyen ni.."Ya Allah selamatkanlah perjalanan hambaMU ini".Kami singgah sebentar di Shah Alam utk mengambil ukhti Muneerah. Perjalanan di sambung semula dan tiba di UIA, jam 8.30 pg. EXPLORACE dl dlm UIA kerana tak jumpa tempat program..Rupa2nya di tempat yg selalu KARISMA buat program. Alhamdulillah.
Program bermula pd jam 930 pg. Time ni bnyk sgt jumpa pkck makcik. ikhwah akhwat KARISMA ada juga tp bkanlah majoriti. Mgkin ada tuntutan di tempat lain. Program di mulakan dgn bacaan pembukaan surah al-Isra' ayat (1-5). Diteruskan dgn ucaptama dr pengrusi AQSA SYARIF.Antara yg penting dlm ucaptama ni..pkcik menyatakan dlm solat, Allah menyuruh kita baca Al-Fatihah. ini kerana Allah suruh kita berdoa kpdNYA agar kita di tunjukkan jalan yg lurus. [1;6]. Di sambung lg iaitu jalan org yang telah Engkau beri nikmat kepadanya [1;7], [4;69]
siapakah yg dimaksudkan org yg telah di beri nikmat ini?
iaitu para anbiya', para sahabat, tokoh tajdid dan juga pejuang2 PALESTIN[4;69].
dan bukanlah jalan mereka yg di murkai [1;7] yakni orang2 yg di benci Allah. KUFFAR itu sendiri.
Maka, kita kena wujudkan keBENCIAN terhadap mereka yang menindas..dan di nyatakan juga, bilamana kita membaca Al-Fatihah , ia takkan dpt dipisahkan dr jalan dakwah ini. Membacanya menuntut tanggungjawab yg sgt besar, permohonan, dan janji 2 kita kpd Allah SWT.
Untuk pembentangan kedua, iaitu sorotan sejarah bani Israel, di bentangkan mengenai salah silah. teruja dan baru ana bnyk tahu tntg dr mana asal usulnya. selama ni tak tahu pun. Alhamdulillah, Allah beri kefahaman lg. Di teruskan dgn penyampaian dari Dr Hafidzi, dgn tajuk memahami isu AL-QUDS. Antara objektif nya adalah :
1) untuk memahami latar belakang sejarah & perkembangan politik semasa dalam menentukan halatuju perjuangan pembebasan Masjid Al-AQSA dan bumi palestin
2) untuk menjelaskan kepada khalayak mengenai pelbagai kekeliruan & penyelewengan yang disebarkan oleh media barat.
Dikongsikan kisah bilamana Abdullah Bin Umaiyr bertanya kpd Rasulullah SAW..
Ya Rasulullah, apakah kewajiban terhadap MASJID AL AQSA?
Rasulullah menjawab..
"Solat dan ziarahlah (anjuran Rasulullah sangat penting utk ditunaikan) tetapi jika ada yg menghalang, kirimkanlah minyak untuk lampu-lampunya"
itulah tuntutan kita terhadap Masjid ini. sehingga jika tak dapat pergi, kita bertanggungjawab utk membiayai bil eletriknya. Dr Hafidzi mengingatkan, kita mesti tanamkan kesungguhan utk menjejakkan kaki ke sana. Semasa slot Dr Hafidzi juga, banyak tarikh- tarikh penting yang di beritahu, dan kena tahu sejarahnya. First thing first- ana kena dapatkan buku "ISRAEL, KENAPA DUNIA TIDAK BOLEH MENGIKTIRAFNYA". Lepas zuhur, sambungan slot dr Dr T dan akhir sekali "TIPS kempen ceramah AQSA SYARIF" dr Pak Uteh. (ana kenal time KAPPEL 2010). Yang bestnyer , pak Uteh ni tak lekang ngan senyuman..ni tips juga, ana rasa=). nak menarik perhatian orang. Program berakhir mengikut waktu yg di tetapkan.
Sesungguhnya banyak lg kerja yang nak di buat. benarlah kita tiada masa berpangku tangan...
"Ya Allah, kau berikanlah kami petunjuk"
Ikhwah akhawat,
ayuh teruskan bekerja ..
"MEMPERKASA UMMAH MEMBEBASKAN AQSA"
dibawah, dikongsikan sedikit gambar sms program dan juga cabaran yg di hadapi sepanjang pergi dan pulang dr program.
Terima kasih khusus buat semua, irma, izzah, mun, khairiah, khadijah, aisyah, sumayyah, pakcik radzi(YDP PERLIS), PKcik (jumper) & anaknya.
a) Membelah hujan..sebenarnya masa pergi je dah di uji kerana ada pokok tumbang di kawasan MERU. Perjalanan slow..(gmbr pokok tumbg tak clear)
b) Adik2 yang turut serta ke konvensyen – muneerah, irmah, khairiyah, izzah & khadijah
c) Barisan peneraju AQSA SYARIFF
d) vest AQSA SYARIFF – jom layari laman web
Dah abisssss…nak balik (6.00pm)- dugaan kedua dtg : kereta kami tak boleh start =(
d) Percubaan pertama
e) Ukhti aisyah &sumayyah..jzkk=)
f)Time nak balik, kereta kami tak boleh start. Tersadai kejap. Puas pakcik Radzi (bj batik) tahan sume kereta yang lalu..kebetulan kami parking dekat jalan keluar bangunan bahasa. Alhamdulillah, akhirnya ada pakcik yg ada jumper =)- (yg baju coklat bersama anaknya). Pakcik yg bj belang2 tu, baru hantar anaknya di UIA..ketenye takde jumper tp berusaha sedaya upaya utk tolong kami. Syukran buat semua.
g) Aksi cemas ; Sebuah jentolak terbakar berdekatan sungai buloh
.
Alhamdulillah , kami sampai di shah alam hampir waktu isya’..dalam 830pm. Sungguh panjang hari ini. Penat2 juga , tapi tak terasa sangat kerana tarbiyaah dari Allah itu lebih indah dr segalanya. Moga apa yang di rasakan berkekalan dan menjadi pasak buat diri utk lebih berusaha meneruskan usaha juang yg telah di warisi…
SEKIAN DULU..Ilalliqa' wa maassalamah.
-al-faqir ilaLLah-
Thursday, January 14, 2010
Improve Your Relationship With Al-Quran
[Surah 25: 30]
Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.
1. Before you touch it, check your heart.
The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.
2. Do your Wudu' (ablution).
Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.
3. Read at least 5 minutes everyday.
Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!
4. Make sure you understand what you’ve read.
Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.
5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.
In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.
6. Don’t just read; listen too.
There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.
7. Make Dua (supplication).
Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.
iluvislam.com