Friday, March 27, 2009

Solat dan Sains

salam

Disini, ana ingin berkongsi sikit mengenai sebuah buku yang dah lama berada dipasaran.

'Solat Kebaikan dari Perspektif Sains'



Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.

Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.

Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.

Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.

Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Kajian yang dilakukan oleh doktor non-muslim ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.

Diharapkan buku ini dapat mememotivasikan diri kita untuk bersolat dan juga melakukan solat dengan cara yang betul.

Wallahu'alam.


fn: buku ini bole didapati di kedai buku di tingkat 2 (atas sekali) Pusat Beli-Belah Ole-Ole pada harga RM 30.00 dan ke bawah(minta diskaun). terdapat dalam 2 versi, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu.

Thursday, March 26, 2009

Singa Padang Pasir


Lelaki bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yang telah ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua-dua belah tangannya terbelenggu di belakang. Namun matanya masih tetap bersinar, menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyat. Raut mukanya tidak menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Ia begitu gagah walaupun maut sedang menantinya tidak beberapa saat lagi. Ia tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang ia lalui sehingga ia ditangkap dan dihukum di tali gantung.

Pengorbanannya murni terhadap negaranya yang tercinta. Dia berpuas hati apa yang telah dilakukannya selama ini. Dia reda dengan jalan yang dipilihnya sendiri. Ketika dia dibenarkan bersolat Subuh, dia sujud begitu lama sehingga darah yang menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas, mengadu dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar Allah mengampuni segala dosanya selama ini dan memohon kepada-Nya supaya negara dan rakyat bebas daripada belenggu penjajahan. Dia telah bersedia menemui Penciptanya bila-bila masa sahaja.

Suasana hening pada pagi yang dingin menikam kalbu, kedengaran tangis sedu menyelubungi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka menatap lelaki berusia 80 tahun itu dengan wajah muram. Air mata masing-masing tidak dapat ditahan, luruh bagaikan mutiara berguguran. Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan penjara dan di tempat-tempat lain, turut merasainya, semua mereka sedar bahawa sudah sampai ketika dan waktunya lelaki itu akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada pagi itu. Beritanya tersebar ke seluruh pelosok negara. Masing-masing mengangkat tangan menadah ke langit, memohon keampunan daripada Allah Maha Besar dan agar memberi darjat yang tinggi kepada lelaki itu dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang salih.

Beberapa saat kemudian, suasana pagi yang hening itu dipecahkan dengan jerit pekik tangis bersahut-sahutan ketika mereka melihat lingkaran tali tiang gantung menjerut leher pahlawan mereka, Umar Mukhtar. Singa Padang Pasir itu telah kembali kepada Penciptanya pada 16 September 1931 di Kota Solouq. Selesai sudah perjuangannya melawan penjajahan Itali, tetapi perjuangannya itu akan tetap diteruskan oleh anak watan.

Umar Mukhtar memang dipandang sebagai simbol kepahlawanan menentang penjajahan Itali bagi rakyat Libya sejak Itali mulai mencengkam negara tersebut pada Oktober 1911. Dia telah menjadi perintis bagi mencetuskan semangat rakyat Libya menyalakan bara perjuangan rakyat menentang penjajahan Itali.

Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Baroun, dan Silima An-Nailiah.

Usaha Itali menguasai Libya dilakukan dengan menyerang dan menguasai kota-kota di sebelah pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna secara berturut-turut, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah Itali. Meskipun demikian, Umar kerap kali menjadi batu halangan kepada mereka. Dia mampu menyemarakkan api perjuangan rakyat Libya menentang Itali dengan semangat yang kental.


Perjuangan mereka telah menciptakan beberapa pertempuran yang hebat. Misalnya, pertempuran yang terjadi di Al-Hani, Tripoli pada 23 Oktober 1911, Ar-Rmaila di Misrata, Al-Fwaihat di Benghazi pada Mac 1912 dan Wadi Ash-Shwaer di Derna.

Perjuangan rakyat Libya menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Pejuang-pejuang pimpinan Umar pernah terlibat dalam pertempuran besar di Al-Gherthabiya, Sirt pada April 1915. Itali kehilangan ribuan tentera. Pertempuran-pertempuran seperti ini sering berlaku, membuatkan penjajah Itali terpaksa membalas serangan yang memakan masa yang panjang, tahun demi tahun untuk menguasai negara itu.

Meskipun begitu, pada akhirnya, wilayah-wilayah yang dipertahankan oleh para mujahidin jatuh ke tangan penjajah. Jatuhnya wilayah demi wilayah membuat para pejuang meninggalkan rumah dan menuju ke pegunungan. Mereka tidak pernah berdiam diri, terus merancang pelbagai strategi menyerang balas.

Pada tahun 1922, Umar telah membentuk satu kumpulan para mujahidin dan menggegarkan kembali operasi perjuangan menentang penjajahan Itali ke atas negaranya. Dia mengumpulkan kembali mujahidin di The Green Mountain (Aj-Jabal Al-Akdar), bahagian tenggara Libya. Hal ini terjadi setelah tamatnya Perang Dunia Pertama dan pada masa itu penjajah Itali terfikir bahawa mereka mampu untuk membenamkan sepenuhnya perjuangan rakyat Libya. Namun, jangkaan Itali ternyata silap.

Perjuangan yang tercetus kembali itu membuat pihak berkuasa Itali merasakan mereka berada dalam suasana yang amat tertekan, bahaya tiba-tiba datang, sering mengancam keselamatan. Mereka tidak mahu membiarkan perjuangan menuntut kebebasan ini semakin merebak. Lalu pemerintah pusat Itali, Badolio yang terkenal dengan kekejamannya yang sering kehausan darah rakyat Libya untuk diratahnya, telah mengambil tindakan ketenteraan untuk merendam bara perjuangan tersebut.

Badolio bukan sahaja ditugas untuk menumpaskan Umar Mukhtar dan pasukannya. Bahkan dia juga diberikan keizinan untuk membunuh rakyat Libya yang memberi sokongan dan membantu para mujahidin di mana jua mereka berada.

Tidak beberapa lama kemudian, diktator Musolini menghantar komandan yang berperilaku lebih zalim daripada Badolio. Dia mengambil alih tugas Badolio dan membentuk pasukan tugas khas untuk menumpaskan gerakan yang diketuai oleh Umar dan bertindak membunuh lebih ramai rakyat Libya yang tidak berdosa. Komandan yang dihantar oleh Musolini ini pada fikirannya boleh menyelesaikan masalah Libya secara langsung adalah Rodolfo Grasiani. Malah kabinet Musolini telah dimaklumkan bahawa kedatangan khas Grasiani akan membuat suasana di Libya dapat dikawal sepenuhnya.

Grasiani bersetuju pergi ke Libya dengan syarat tidak ada peraturan yang dapat menghalangnya daripada melakukan berbagai-bagai tindakan ke atas Libya termasuk peraturan -peraturan antarabangsa. Dia boleh melakukannya tanpa halangan dan sekatan mengikut kehendak hatinya bagi kepentingan Itali. Sebelum ditugaskan ke Libya, dia pergi ke Morj, Switzerland untuk merancang serangan terhadap Libya.

Rancangan Grasiani dipersetujui sepenuhnya oleh Musolini kerana dia berpegang kepada prinsip “jika tidak bersamaku, maka mereka adalah lawanku”. Dengan demikian, untuk menguasai Libya, pelbagai kaedah dan cara dihalalkan, tidak lagi mempedulikan sebanyak mana kos yang terlibat dan berapa banyak mangsa yang tidak berdosa terpaksa dikorbankan.

Tindakan pertama Grasiani di Libya ialah memutus, menyekat, dan mencegah segala bentuk hubungan dengan mujahidin dan dengan Negara-negara jiran yang memberi bantuan membekalkan senjata dan juga maklumat kepada para pejuang Libya. Dia membina kawat berduri sepanjang 300 km, tinggi 2 meter dan lebar 3 meter dari pelabuhan Bardiyat Slaiman di utara Libya hingga ke Al-Jagboub di tenggara negara itu.

Dia juga membina kem berpusat yang dikawal rapi di mana ribuan rakyat Libya mesti hidup dalam pengawasan tentera Itali. Dia membina banyak kem-kem seumpama itu di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq, dan Al-Abiyar. Keseluruhan rakyat Libya merasa tertekan dan tertindas akibat perbuatan Grasiani ini. Mereka hidup seperti haiwan di kandang, tidak ada kebebasan.

Pada akhir bulan November 1929, sebahagian besar rakyat Libya dipaksa hidup di kem-kem di Al-Jabal Al-Akdar, Mortaf-Aat Al-Thahir dari Beneena Utara sampai Ash-Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera ke bahagian selatan padang pasir Balt Abdel-Hafeeth.

Kehidupan rakyat Libya di kem-kem ini sangat mengerikan. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan, banyak juga yang mati kerana ditembak atau digantung kerana disyaki membantu perjuangan para mujahidin pimpinan Umar Mukhtar.

Pada tahun 1933, Ketua Jabatan Kesihatan Angkatan Tentera Darat Itali, Dr Todesky menulis dalam bukunya bertajuk `Cerinaica Today´. Dalam bukunya itu, dia menyebutkan bahawa dari bulan Mei hingga September 1930, lebih daripada 80,000 rakyat Libya dipaksa meninggalkan tanah kelahiran mereka dan hidup di kem-kem ini.

Setiap kumpulan rakyat Libya yang berjumlah 300 orang sekali jalan mendapat kawalan ketat daripada tentera Itali. Todesky berkata bahawa pada akhir tahun 1930, semua rakyat Libya dipaksa untuk hidup di kem-kem ini. Sebanyak 55 peratus daripada 80,000 rakyat Libya meninggal dunia di kem-kem tersebut.

Seorang sejarawan Libya, Mahmoud Ali At-Taeb ,menyatakan bahawa pada November 1930, paling tidak terdapat 17 acara pengebumian dalam sehari terjadi di kem-kem tersebut akibat kelaparan, penyakit dan tekanan mental yang maha hebat, yang tidak tertanggung oleh manusia normal.

Di luar kem-kem itu, mujahidin yang bertahan di daerah pergunungan terus berjuang menentang penjajahan Itali. Bagaimanapun, pada tahun 1931 mujahidin kehabisan bekalan makanan dan perubatan. Pemimpin mujahidin, Umar Mukhtar, jatuh sakit dan banyak para mujahidin memintanya untuk berhenti berjuang dan meninggalkan Libya dan berlindung di negara jiran yang bersimpati dengan perjuangan mereka buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih seperti sedia kala dan kembali menyusun perjuangan seterusnya. Bagaimanapun, dia menolak tawaran tersebut dan tetap meneruskan perjuangan menentang tentera Itali.

Atas kegigihan dan keberanian melawan penjajahan Itali, maka dia digelar sebagai ´Singa Padang Pasir´ meskipun pada akhirnya, usia senja tidak mampu membuatnya bertahan untuk memikul senjata meneruskan perjuangan. Dia ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung. Pendakwaan dan hukuman tetap dilakukan tanpa mempedulikan Undang-undang Antarabangsa sepertimana yang ditetapkan dalam `Perjanjian Geneva´ dalam soal mempertimbangkan tahap kesihatan Umar Mukhtar dan usianya yang sudah lanjut, membolehkan beliau dikecualikan daripada hukuman di tali gantung.

Semakin redupnya bara kepahlawanan memberi peluang kepada Itali meneruskan cita-citanya dan akhirnya Itali dapat menguasai Libya setelah melakukan pertempuran selama 20 tahun. Itali hanya mampu berkuasa di Libya sehingga tahun 1943 sahaja akibat kekalahannya dalam Perang Dunia Kedua. Libya kemudian berada di bawah kekuasaan pasukan Sekutu hingga 24 Disember 1951. Itali memerdekakan Libya pada 21 Disember 1951. Sekarang Libya di bawah pentadbiran Kolonel Muammar Ghaddafi yang merampas kuasa pada 1 September 1969 dan membentuk sebuah negara kombinasi di antara sosialis dan Islam. Libya terasing daripada dunia luar akibat sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana Amerika Syarikat menjadi dalangnya ekoran peristiwa Lockerbie dan pada September 2003 sekatan ekonomi terhadap Libya dilonggarkan kerana Ghadaffi memberi kerjasama dalam kes Lockerbie.

Begitulah secara ringkas kisah Umar Mukhtar yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kisahnya telah difilemkan. Sejarah menuntut kemerdekaan ini sering bertukar, tidak pernah padam selagi ada bumi dan matahari. Hanya yang bertukar ialah penjajahan dalam bentuk baru, iaitu penjajahan dalam bentuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan sebagainya yang menjadikan pemimpin tempatan sebagai boneka kepada tuannya. Ini berlaku di Iraq, di Afghanistan, di Palestin, di Khasmir, di Chechnya dan lain-lain negara umat Islam yang terpaksa tunduk kepada negara ´kuffar´, iaitu Amerika Syarikat yang menjadi negara kuasa besar tunggal atau polis dunia tanpa saingan selepas kehancuran Soviet Union pada tahun 1980-an. Maka tamatlah perang dingin yang menjadi pengimbang di antara dua kuasa besar yang berjaya mempengaruhi politik dan ekonomi dunia ketika itu.

Hanya suatu pertanyaan yang perlu kita jawab dari lubuk hati paling dalam: “Ada lagikah kepahlawanan seperti yang ditunjukkan oleh Umar Mukhtar di negara umat Islam sekarang ini?”



Monday, March 23, 2009

Kisah Monyet

Ada seekor monyet. Kerjanya panjat pokok kelapa. Satu hari seperti kebiasaan, panjat punya panjat punya panjat, sampailah sang monyet ni di atas pokok kelapa. Ketika di atas pokok kelapa itulah, tiba-tiba datang angin yg sangat kencang, maka sang monyet ni pun berpautlah seerat mungkin, sekuat mungkin dan semampu mungkin pada batang pokok kelapa tersebut,. Usai sahaja tiupan angin kencang diikuti pula dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Angin tesebut melalui sang monyet lantas menyamankan sang monyet. Monyet yang sedang asyik di alun oleh angin nyaman itu perlahan-lahan mengangkat tangannya untuk menikmati kelazatan angin tersebut(macam dalam Titanic). Tanpa disedari dirinya kini berada di atas angin dan BOM. Sang monyet jatuh ke atas tanah.

Pengajaran : JANGAN JADI MONYET.


Itulah kita diibaratkan, apabila berada di jalan dakwah ini segala macam ujian pasti akan datang menimpa. Bilamana kita diuji dengan kesempitan, kesusahan dan ketakutan, sudah tentu kita akan berpaut dengan kuat dan kukuh pada tali Allah. Tapi apabila kita diuji dengan kesenangan, kelapangan dan kemewahan, dalam sekelip mata kita boleh jatuh dan gugur dari medan dakwah ini. Walhal nikmat dunia yang dikecapi itu hanyalah bersifat sementara sahaja.

Muhasabah balik diri kita, dimanakah kita ini. Apakah tujuan sebenar kita berpenat lelah melakukan segala kerja-kerja berprogram dan usrah ini. Adakah kerana suruhan naqib, atau adakah kerana telah menjadi rutin kita untuk membawa usrah setiap minggu, atau adakah kerana bagi mengisi masa lapang.

Ingatlah sahabatku sekalian, tetapkanlah hati kalian untuk melakukan sesuatu itu atas dasar tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh tuan kita, Allah. Maka ikhlaskan diri untuk melakukan yang terbaik untukNYA. Bukanlah diri kita ini akan sentiasa ikhlas untuk melakukan setiap amal, tetapi cuba untuk mengikhlaskan diri setiap kali teringat.

Manusia itu diciptakan bersifat lupa.

Melayu mudah lupa.

Ada 2 kali kenyataan lupa bagi diri kita ini. Jadi tidak hairanlah jika kita kadang-kadang lupa untuk mengikhlaskan diri, tetapi BERUSAHALAH untuk ikhlas dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Jika diberi peluang untuk memInta sesuatu yang pasti dimakbulkan, mintalah untk DIIKHLASKAN DIRI DALAM SETIAP PERKARA.

Wallahu’alam.

Sunday, March 22, 2009

Cinta di rumah Hassan al-Banna

Hassan al-Banna datang dari latar belakang keluarga yang sederhana dan Islamik. Ayahnya yang juga bekas graduan university al-Azhar mengajar kitab Sirah, ilmu Fiqh dan wahyu di rumah malah menyediakan jadual pengajian di rumah seperti kajian buku Fiqh Imam abu Hanifah dan kitab Fiqh Imam Malik. Jadi bapanya iaitu Syaikh Ahmad Abdurrahman al-Banna adalah actor pentinh dibalik proses pembinaan ketokohan Hassan al-Banna.

Tidak hairanlah bagaimana Hassan al-Banna mampu mewujudkan suasana yang hangat dengan cinta dan kasih-sayang walaupun dihambat dengan amanat-amanat di luar lingkungan rumah yang cukup luar biasa, lantaran kerana beliau mengatakan ‘Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut’ .Beliau adalah mujadid kurun ke-14, tokoh pendiri ikhwanul Muslimin yang cuba merintis khilafah yang hilang tahun 1924 ,tetapi betapa ajaibnya ukht, bagaimana dia masih boleh menyediakan kesempatan untuk bermesra bersama anak-anak. Sedangkan kita yang masih belum bergelar seorang ibu dan baru memerhatikan kehidupan kita seorang tetapi merasakan hidup sebagai pelajar dan dai’yah dalam pada masa yang sama amat menyesakkan dada. Malunya kita hendak membanding kesibukan kita dengan kesibukan tokoh pendiri umat ini.


Buku ini mengajak kita untuk bertamu ke rumah Hassan al-Banna. Beliau mempunyai 6 orang anak iaitu Wafa’ yang merupkan isteri kepada Said Ramadhan al-Butty dan ketika Hassan al-Banna wafat, dia baru berusia 17 tahun, Saiful Islam yang juga bekas anggota parlimen Mesir, lahir pada 22/11/1934 dan master di bidang HAM 1956 Dari Darul Ulum ketika Hassan al-Banna wafat, dia baru berusia 14 tahun.Dr Tsana merupakan Dosen Urusan pengaturan Rumah Tanggan dan mengajar di beberapa Universiti di Saudi Arabia, ketika Hassan al-Banna wafat, dia baru berusia 11 tahun. Ir Roja’ pula berusia 5 tahun ½ ketika Hassan al-Banna wafat. Dr Halah yang merupakan Dosen kedoktoran anak di Universiti al-Azhar dan ketika Hassan al-Banna wafat, dia baru berusia 2 tahun. Manakala paling bongsu adalah Dr Istisyhad merupakan Dosen Ekonomi dan dia masih dalam janin ibu ketika Hassan al-Banna wafat.

Bagaimana Hassan al-Banna memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya. Ketika sebelum menikah keluarga al-Banna mengenali keluarga as-Shauli dari golongan pedagang kelas pertengahan dan mempunyai sentiment agama yang baik. Suatu hari ibu al-banna mendengar lantunan bacaan Quran yang menyejukkan hati dari rumah as-Shauli lantas mengkhabarkan kepada al-Banna, lantas Hassan al-Banna merasakan inilah pendamping yang didamba selama ini. Sifat-Sifat- baik yang terpamer dari Zaujah al-Banna adalah bersedia berinfak baik di waktu lapang ataupun sempit. Jika menyorot kisah ketika kantor Ikhwanul Muslimin dibuka di Kairo, zaujahnya mengambil semua perabot di rumah untuk digunakan di kantor baru. Beliau juga bersikap terbuka apabila ada akhwat yang datang hendak berdiskusi dengan al-Banna berkaitan hal-hal dakwah.

Jika kita menyorot satu-persatu kisah yang dinukilkan anak-anak Hassan al-Banna pasti akan menyentuh hati kita. Ketika Hassan al-Banna memulakan dakwah di Ismailiyah dan melebarluaskan sehingga terbentuk 2000 cabang al-Ikhwan dan merawak ke 20 negara hanya dalam masa 15 tahunun, pasti kita dapat membayangkan betapa sangat sibuk tokoh ini, tetapi walaupun demikian, beliau masih mampu punya kesempatan untuk makan bersama di rumah dan hanya punyai masa tidur 4 jam sahaja sehari. Anak-anak mendakwa bahawa ayah tidak perbah mengeluarkan suara yang keras di rumah. Beliau mampu untuk mengatur diri dan berdisiplin terhadap diri sendiri melalui peristiwa meminta anaknya mengejutkan setelah tidur selama 7 minit tetapi belum pun anaknya sempat menyiapkan bancuhan air untuk dijamu kepada ayah, tiba-tiba ayah sudah bangun dan berada di sisinya.

Beliau juga menyediakan perencanaan yang baik untuk anak-anak. Beliau menyediakan peta yang mengandungi maklumat lengkap anak-anak seperti tarikh dan sijil kelahiran, nombor kelahiran, jadual pemberian ubat, surat keterangan doctor, keterangan tentang kondisi sakit, ijazah anak-anak, catatan seputar prestasi anak-anak di sekolah.Malah beliau juga meletakkan beberapa catatan yang ditulis sendiri tentang anak-anak.

Ayah juga punya kesempatan untuk menyiapkan bekal untuk anak-anak lantaran Roja’ selalu terlupa membawa roti yang sepatutnya menjadi santapan ketika waktu rehat di sekolah. Hassan al-Banna juga sentiasa mengambil berat keperluan di rumah untuk setiap bulan malah memperuntukan wang yang akan diberikan kepada seorang Ikhwah iaitu Al-Haj Sayed Syihabudin juga merupakan pemilik toko kelontong terkenal. Menariknya di sini adalah Hassan al-Banna juga menyediakan wang jajan harian sebayak 3 qirsy, 10 ma’adi setiap bulan untuk diinfakkan setiap hari jumaat setelah selesai menunaikan solat Jumaat dan 50n qirsy setiap bulan. Mungkin kita melihat perbuatan ini selayakkan memanjakan anak-anak tetapi hakikatnya dengan tarbiyah yang dibekalkan kepada anak-anak padsti mereka akan menyalurkan duit itu kepada yang hak. Sebagai bukti, Saiful Islam mengetahui bahawa ayahnya mengupah ‘mata-mata’ untuk melihat bagaimana anaknya menginfakkan duit yang diberi setiap hari jumaat.

Hassan al-Banna juga suka menasihati secara tidak langsung. Ketika kecil, Saiful Islam suka membaca komik tetapi ayah tidak mengatakan tidak boleh sebaliknya ayah akan menceritakan kisah-kisah kemuliaan Islam seperti kisah Antarah bin Syadad, Shalahuddin al-Ayubi. Tsana pula pernah meniru perbuatan jiran yang mewarna kuku. Ketika hendak makan Hassan al-Banna berpesan ‘ jangan makan bersama orang yang memanjangkan kuku kerana orang yang memanjangkan kuku nya menyimpan kotoran di balik kukunya. Ayo sekarang, potong kuku dan bersihkan. Ayah akan tunggu dan tidak akan makan dulu. Pernah sekelompok ikhwah datang berkunjung ke rumah dan Saiful Islam yang menyambut kedatangan mereka. Dia bertanya maksud kunjungan kerana dia atau Hassan al-Banna. Juka bukan bermaksud jumpanya, dia terus menutup pintu. Ayah menasihat ‘ Saif..bagaimana jika ayah mremuliakan tamumu?”

Ayah kerap memanggil anak-anak dengan mengalunkan bacaan Quran, anak-anak akan datang sambil memegang mushaf dan menyemak bacaan bapanya. Ayah juga membenarkan anak-anak bergaul dengan tetangga seperti biasa dan bermain seperti kanak-kanak lain. Malah Hassan al-Banna sendiri turun turun bermain bersama anak-anak. Ayah juga tsiqoh pada anak-anak seperti menjadikan Wafa’ sebagai setiausaha peribadi ketika ayah ,menghadiri pertemuan dengan para akhwat.

Perhatikan pendidikan dan sisi wawasan ilmu anak-anak. Sebagai contoh peruntukan perpustakaan khusus untk semua anak-anak dan pemberian wang saku bulanan untuk membeli buku-buku yang diinginkan sendiri oleh anak-anak. Saiful pernah melakukan kesalahan pada suatu pagi dan dia menerima hukuman paling berat yang pernah dirasakan iaitu dipulas telinganya tetapi ayahnya menelefonnya pada pukul 11 pagi untuk memperbaiki hubungan mereka. Hassan al-Banna cuba untuk menjaga hubungan diantara dirinya dan anak-anak. Lantaran itu,sungguhpun beliau berlembut dengan anak-anak tetapi apabila anak-anak melakukan kesalahan, beliau tetap memberikan hukuman yang setimpal. Tsana pula pernah tidak memakai sandal ketika keluar rumah menyebabkan ayahnya memukul kakinya dengan pembaris panjang sebanyak sepuluh kali tetapi Tsana mengatakan yang dia hampir ingin ketawa kerana pukulan si bapa sanagt perlahan.

Paling penting dalam mendidik anak-anak, Hassan al-Banna menanamkan solidaritas dengan kondisi islam di dalam rumah. Pada tahun 1948 berlaku Perang Palestin, ketika ibu sedang membuat kuih untuk jamuan Hari Raya, Hassan al-Banna datang dan berkata dengan agak marah ‘Ya Ummu Wafa’, apakah engkau akan tetap membuat rotia sedangkan 12 orang Ikhwah gugur di Palestin’. Sejak itu ibu tidak pernah membuat roti sehingga ayah menghembuskan nafas terakhir.

Monday, March 16, 2009

Tafsir - Surah Al-Lahab (Al-Masad)

Para pembaca, semoga Allah subhanahu wata’ala senantiasa merahmati kita semua. Setiap insan tentu berharap dan mendambakan kehidupan yang bahagia di dunia dan lebih-lebih di akhirat kelak. Hal ini tidaklah bisa dicapai kecuali dengan menerima segala apa yang datang dari Allah subhanahu wata’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):

“Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Al Ahzab: 71)

Dan demikian pula sebaliknya, segala bentuk kehinaan dan malapetaka bersumber dari sikap antipati dan berpaling dari peringatan Allah subhanahu wata’ala dan peringatan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Adalah sunnatullah, tidak ada seorangpun yang menolak dan mendustakan ajaran yang dibawa oleh para nabi, kecuali ia akan hina dan binasa. Allah subhanahu wata’ala dengan tegas menyebutkan dalam firman-Nya (artinya):

“Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahwa siksa itu (ditimpakan) atas orang-orang yang mendustakan dan berpaling.” (Thaha: 48)

Lihatlah kisah umat-umat terdahulu seperti kaum ‘Ad, Tsamud, Qarun, Fir’aun dan Haman, Allah subhanahu wata’ala telah membinasakan mereka disaat mereka mendustakan dan berpaling dari ajaran yang dibawa oleh nabi yang diutus kepada mereka. Demikian pula apa yang telah terjadi pada umat nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, Allah subhanahu wata’ala telah menurunkan satu surat khusus yang berisi vonis kebinasaan bagi para pembangkang dan pengacau dakwah. Surat tersebut adalah Surat Al Masad atau dinamakan juga dengan surat Al Lahab. Surat ini terdiri atas 5 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyyah.

Sebab Turunnya Surat

Suatu hari, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam naik ke bukit Shafa. Beliau naik sampai kepuncaknya, kemudian berseru, “Ya shabahah!” (kalimat peringatan yang biasa mereka gunakan untuk mengabarkan akan adanya serangan musuh atau terjadinya peristiwa yang besar).

Kemudian beliau shalallahu ‘alaihi wasallam mulai memanggil kabilah-kabilah cabang dari kabilah Quraisy dan menyebut mereka kabilah per-kabilah, Wahai bani Fihr, wahai Bani Fulan, wahai Bani Fulan, wahai Bani Abdu Manaf, wahai Bani Abdul Muththalib!” ketika mendengar (panggilan tersebut), mereka bertanya, siapa yang berteriak-teriak itu? Mereka mengatakan, “Muhammad.” Maka orang-orang pun bergegas menuju beliau shalallahu ‘alaihi wasallam, sampai-sampai seseorang yang tidak bisa datang sendiri mengirim utusan untuk melihat apa yang sedang terjadi.

Ketika mereka telah berkumpul, beliaupun berbicara: “Apa pendapat kalian seandainya aku beritahukan kepada kalian bahwa ada pasukan berkuda di lembah bukit ini yang akan menyerang kalian, apakah kalian mempercayaiku?” Mereka menjawab: “Ya, kami tidak pernah menyaksikan engkau melainkan selalu bersikap jujur.” Beliaupun berkata: “Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kalian dari siksa yang pedih. Permisalanku dengan kalian hanyalah seperti seseorang yang melihat pasukan musuh kemudian bergegas untuk mengawasi keluarganya (mengamati dan melihat mereka dari tempat tinggi agar mereka tidak didatangi musuh secara tiba-tiba) karena ia khawatir musuh akan mendahuluinya, maka ia pun berseru, “Ya, shabahah.”

Kemudian beliau shalallahu ‘alaihi wasallam mengajak untuk bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Lalu beliau menjelaskan kepada mereka bahwa kalimat syahadat merupakan kekuatan dunia dan keselamatan akhirat.

Kemudian beliau shalallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan mereka agar waspada dari siksa Allah. Dijelaskan pula bahwa keberadaan beliau sebagai rasul tidak bisa menyelamatkan mereka dari siksa dan menolong mereka sedikitpun dari (keputusan) Allah. Beliau memberi peringatan tersebut secara umum dan khusus. Beliau mengatakan: “Wahai orang-orang Quraisy, korbankanlah diri-diri kalian karena Allah! Selamatkanlah diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat kepada kalian dan tidak pula manfaat, serta aku tidak bisa menolong kalian sedikitpun dari (keputusan) Allah! Wahai Bani Ka’ab bin Luay, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberi mudharat dan tidak pula manfaat! Wahai Bani Ka’ab bin Murrah, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Wahai Bani Qushay, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat dan tidak pula manfaat! Wahai bani ‘Abdu Syams, selamatkanlah diri-diri kalian dari api neraka! Wahai bani Abdu Manaf, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat dan tidak pula manfaat! Wahai bani Hasyim, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Wahai bani ‘Abdul Muthalib, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat dan tidak pula manfaat, serta aku tidak bisa menolong kalian sedikitpun dari (keputusan) Allah! Mintalah kepadaku dari hartaku sebanyak yang kalian suka, namun aku tidak bisa menolong kalian sedikitpun dari (keputusan) Allah! Wahai ‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib, aku tidak bisa menolongmu sedikitpun dari (keputusan) Allah! Wahai Shafiyyah bintu ‘Abdil Muththalib (bibi Rasulullah), aku tidak bisa menolongmu sedikitpun dari (keputusan) Allah! Wahai Fatimah bintu Muhammad Rasulullah mintalah kepadaku dari hartaku sebanyak apa yang engkau mau, selamatkan dirimu dari api neraka, aku tidak bisa menolongmu sedikitpun dari (keputusan) Allah! Karena kalian memiliki hubungan silaturahmi maka akan aku basahi dengan airnya (maksudnya akan aku sambung hubungan silaturahmi tersebut sesuai haknya).

Setelah selesai beliau menyampaikan peringatan tersebut, orang-orangpun bubar dan bertebaran. Tidak disebutkan keadaan bahwa mereka menampakkan suatu penentangan ataupun dukungan atas apa yang telah mereka dengar, kecuali apa yang terjadi pada Abu Lahab. Ia menemui Nabi dengan nada yang kasar. Ia berkata, “Celakalah engkau selama-lamanya! Cuma untuk inikah kamu kumpulkan kami?” Maka turunlah ayat (artinya): “Telah celaka kedua tangan Abu Lahab dan diapun celaka.” (Al-Lahab:1)

Kandungan surat Al Lahab

Ayat pertama

تَّبَّتْ يَدَا أَبِيْ لَهْبٍ وَتَبَّ

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa”

Abu Lahab adalah putranya Abdul Muththalib namanya Abdul ‘Uzza. Dinamakan Abu Lahab karena ia kelak akan masuk ke dalam neraka yang memiliki lahab (api yang bergejolak). Atas dasar inilah Allah subhanahu wata’ala menyebutnya dalam kitab-Nya Al Quran dengan kun-yahnya (yaitu nama/julukan yang diawali dengan Abu atau Ibnu, atau Ummu bagi perempuan), dan bukan dengan namanya. Juga karena ia lebih tenar dengan kun-yahnya. Dan juga karena namanya disandarkan kepada nama salah satu berhala pada zaman itu. Dia adalah salah satu paman Rasul yang paling besar permusuhannya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam sejak dikumandangkannya dakwah mengajak beribadah hanya kepada Allah saja. Ayat ini turun sebagai bantahan kepadanya disaat menolak dan enggan untuk mengikuti seruan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.

Mungkin para pembaca bertanya-tanya, mengapa Allah hanya menyebutkan kedua tangannya saja yang akan binasa? Jawabannya adalah seperti yang telah dijelaskan dalam kitab tafsir Adhwa`ul Bayan, bahwa penyebutan tangan dalam ayat ini, masuk dalam kaidah penyebutan sebagian tetapi yang dimaksudkan adalah keseluruhannya. Hal ini diketahui dari lafazh setelahnya yaitu “Watabba” artinya: ia (Abu Lahab) telah binasa.

Dalam ayat ini, Allah subhanahu wata’ala memaksudkan penyebutan kebinasaan seseorang dengan mencukupkan penyebutannya pada kedua tangannya. Ya, karena memang kedua tanganlah yang mempunyai peran besar dalam mengganggu dan menyakiti Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam.

Ayat kedua

مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ

“Tidaklah berfaedah (berguna) kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan”.

Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu menyebutkan: “Tatkala Rasulullah mengajak kaumnya untuk beribadah hanya kepada Allah saja dan meninggalkan sesembahan selain Allah, berkatalah Abu Lahab: “Jika apa yang dikatakan putra saudaraku (Rasulullah) adalah benar aku akan menebus diriku dari azab yang pedih pada hari kiamat dengan harta dan anak-anakku.” Maka turunlah firman Allah Ta’ala (artinya): “Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan” (Tafsir Ibnu Katsir)

Ketika vonis binasa telah disandangnya, maka tidak bermanfaat lagi apa yang telah diusahakannya dari harta-benda, anak istri, kedudukan, jabatan dan lain sebagainya dari perkara dunia ini. Allah subhanahu wata’ala menegaskan dalam firman-Nya (artinya): “Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.”

Ayat ketiga

سَيَصْلَى نَاراً ذَاتَ لَهَبٍ

“Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.”

Kelak ia akan diliputi oleh api neraka dari segala sisinya

Ayat keempat

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ

“Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar.”

Istri Abu Lahab merupakan salah satu tokoh wanita Quraisy. Namanya adalah Auraa’ bintu Harb bin Umayyah kunyahnya Ummu Jamil, saudara perempuannya Abu Sufyan (bapaknya Muawiyyah). Sebagaimana suaminya, ia juga merupakan wanita yang paling besar gangguan dan permusuhannya terhadap Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Ia dan suaminya bahu-membahu dalam permusuhan dan dosa. Ia curahkan segenap daya dan upayanya untuk mengganggu dan memusuhi beliau shalallahu ‘alaihi wasallam. Pernah ia membawa dahan yang penuh duri, lalu ia tebarkan di jalan yang sering dilalui oleh Rasulullah pada waktu malam, sehingga melukai beliau dan para shahabatnya.

Ketika mendengar turunnya ayat: “Telah celaka kedua tangan Abu Lahab.” Ia pun datang, sambil tangannya menggenggam batu, ia mencari-cari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Sementara beliau tengah duduk bersama Abu Bakr di dekat Ka’bah. Kemudian Allah subhanahu wata’ala menutup penglihatannya sehingga ia tidak bisa melihat kecuali Abu Bakr t saja. Maka ia pun bertanya, “Mana temanmu itu (Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam)? Telah sampai kepadaku bahwa dia telah mengejekku dengan syair. Demi Allah, seandainya aku menjumpainya, sungguh aku akan pukul mulutnya dengan batu ini. Ketahuilah, demi Allah aku sendiri juga pandai bersyair.” Kemudian iapun mengucapkan syair:

Orang tercela kami tentang

Urusan kami mengabaikannya

Dan agamanya kami tidak suka

Lalu ia pun pergi. Maka bertanya Abu Bakr, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mengira bahwa dia melihatmu?” Kemudian beliau pun menjawab, “Dia tidak melihatku. Allah telah menutupi pengelihatannya.”

Maka terkumpullah di punggung wanita jahat ini dosa-dosa, seolah orang yang mengumpulkan kayu bakar yang telah mempersiapkan seutas tali di lehernya. Atau ayat ini bermakna pula di dalam neraka wanita ini membawa kayu bakar untuk menyiksa suaminya sambil melilitkan dilehernya seutas tali dari sabut. Sedangkan Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Qatadah dan As-Sa’dy menafsirkan ayat ini dengan namimah. Maksudnya istri Abu Lahab profesinya sebagai tukang fitnah. Al-Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah (salah seorang tokoh besar dan ulama` tabi’in) berkata: “Istrinya Abu Lahab memfitnah Rasulullah dan para sahabatnya kepada musyrikin.” (Fathul Bari dan Tafsir Ibnu Katsir)

Ayat kelima

فِيْ جِيْدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدَ

“Yang dilehernya ada tali dari sabut.”

Al-Imam Al-Fara mengatakan: “Al-Masad adalah rantai yang ada di neraka, dan disebut juga tali dari sabut. (Fathul Bari)

Faidah

Para pembaca yang semoga dimuliakan Allah, dalam surat Al Masad ini, ada beberapa pelajaran yang bisa kita petik darinya, diantaranya:

1. Surat ini merupakan salah satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Dimana Allah menurunkan surat ini dalam kondisi Abu Lahab dan istrinya masih hidup, sementara keduanya telah divonis sebagai orang yang akan disiksa didalam api neraka, yang konsekuensinya mereka berdua tidak akan menjadi orang yang beriman. Dan apa yang dikabarkan Allah subhanahu wata’ala Dzat Yang Maha Mengetahui perkara yang gaib pasti terjadi.

2. Tidak berguna sedikitpun harta benda (untuk melindungi) seseorang dari azab Allah ketika ia melakukan perbuatan yang mendatangkan murka Allah subhanahu wata’ala.

3. Haramnya menganggu orang beriman secara mutlak.

4. Tidak bermanfaat sedikitpun hubungan kekerabatan seorang musyrik, dimana Abu Lahab adalah pamannya Nabi tetapi ia di dalam neraka.

Penutup

Para pembaca yang semoga senantiasa dirahmati Allah subhanahu wata’ala, mudah-mudahan dengan kita mengetahui tafsir surat Al Masad ini akan menambah rasa tunduk dan patuh kita kepada Allah subhanahu wata’ala dan menjadi pendorong bagi kita untuk melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Amïn Yä Rabbal ‘Älamïn…

Tuesday, March 3, 2009

Mutaba'ah amal

1. Qiyamullail



Inilah sarana tazkiyah yang selayaknya sentiasa dilakukan oleh para pelajar. Bangun malam dan melaksanakan shalat tahajjud akan membersihkan hati dan jiwa dari berbagai kotoran. Kebersihan hati akan terlihat pada ketenangan jiwa dan bersihnya fikiran,sehingga belajar berjaya dilakukan dengan optimal dan mencapai hasil yang diharapkan.

Keutamaannya :

1. Solat Paling Utama Setelah Solat Fardhu
2. Sarana Ruhani Paling Utama Untuk Dakwah Rasul Dan Para Sahabat
3. Mempertajam Kepekaan Hati
4. Salah Satu Ciri Utama Orang Beriman Dan Bertaqwa
5. Padanya Terdapat Saat Mustajab Untuk Berdoa

Dalil Quran

1. “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(11:114)

2.” Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”(17:79)

3.”(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”(39:9)

4.” Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (73:20)

Dalil Hadis

1. ‘Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa sunat pada bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah solat fardhu ialah shalat sunat di waktu malam.’ (HR.Muslim)

2.’Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, dan shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, maka kalian akan masuk syurga.’ (HR.Tirmidzi)

2. Solat Subuh

Sesiapa yang bersembahyang subuh, maka dia berada di dalam jagaan Allah. Allah akan memberikan cahaya kepada hatinya, melapangkan dadanya dan dia akan dapat menghirup bayu yang paling baik.

Neraca Sebenar

Sembahyang subuh adalah neraca sebenar bagi keimanan. Sesiapa yang mahu mengetahui kedudukannya di sisi tuhannya, hendaklah dia menggunakan neraca sembahyang subuhnya bagi mengetahui kedudukannya itu.

Jika dia seorang yang menunaikan sembahyang subuh terutamanya di masjid, maka dia berada di atas jalan yang lurus. Dia hendaklah berterusan berada dalam keadaan tersebut. Tetapi jika dia tidak pergi sembahyang subuh dan masih lagi tidur, maka dia hendaklah berwaspada daripada kemurkaan Allah. Dia hendaklah bangun daripada tidurnya sebelum terlambat.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Apabila kami tidak melihat seseorang pada sembahyang subuh dan isyak, kami akan bersangka buruk terhadapnya.”

Sembahyang subuh menyelamatkan seseorang daripada sifat nifaq bagi sesiapa yang bimbang dirinya menjadi munafiq. Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Kami sentiasa bersembahyang subuh bersama dengan Rasulullah saw secara berjamaah. Hanya orang munafiq yang terang nifaqnya sahaja yang tidak pergi menunaikannya.”

Tanyalah diri anda, kenapa anda tidak bersembahyang subuh? Adakah kerana kelemahan keimanan, atau kerana malas? Adakah kerana tidak mengetahui ketinggian kedudukan sembahyang subuh? Adakah kerana anda tidak menghormati Allah, tuhan sekalian alam? Atau apakah sebabnya?

Ketahuilah kedudukan dan nilai diri anda melalui sembahyang subuh ini.

Faedah-faedah Sembahyang Subuh

1. Anda akan sentiasa berada di dalam perlindungan dan jagaan Allah swt.

“Sesiapa yang bersembahyang subuh secara berjamaah, maka dia berada di dalam jagaan Allah.” (Hadis sahih)

2. Ia menyelamatkan anda daripada NERAKA.

“Tidak akan masuk neraka sesiapa yang nbersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum ia tenggelam.” (Hadis sahih)

3. Sembahyang anda disaksikan oleh para malaikat.

” Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh[865]. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”(17:78)

“Malaikat malam dan siang akan berkumpul pada waktu sembahyang subuh.”

4. Dijanjikan syurga.

“Sesiapa yang bersembahyang subuh dan asar akan masuk syurga.” (Hadis sahih)

3. Solat Sunat Dhuha

Shalat Dhuha hukumnya sunnah muakkad (yang ditekankan) . Karena Nabi melakukannya, menganjurkan para sahabat beliau untuk melakukannya dengan menjadikannya sebagai wasiat. Wasiat yang diberikan untuk satu orang oleh beliau, berarti juga wasiat untuk seluruh umat, kecuali bila ada dalil yang menunjukkan kekhususan hukumnya bagi orang tersebut. Dasarnya adalah hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang menceritakan :

"Kekasihku Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia : Puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakat'at shalat Dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan shalat Witir" [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Oleh Al-Bukhari no. 1981. Diriwayatkan oleh Muslim no. 721, telah ditahrij sebelum ini].

Rosululloh mengatakan; "Setiap amalan pagi ialah hak dari setiap tulang badan kalian. Setiap ucapan Pemujaan Allah (Subhan-Allah) adalah perbuatan amal, dan

setiap ucapan pujian kepada Nya (Al-hamdu lillah) adalah perbuatan amal, dan setiap ucapan pernyataan tauhid (La ilaha illallah) adalah perbuatan amal, dan setiap ucapan Kebesaran Nya (Allahu Akbar) adalah perbuatan amal; dan melaksanakan perintah-Nya dan menghindari segala larangan-Nya adalah perbuatan amal; dan dua Rak`ah sholat dhuha mencukupi semua ini. [Muslim].

Shalat Dhuha adalah shalat sunnat yang dilakukan seorang muslim ketika waktu dhuha. Waktu dhuha adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul tujuh pagi) hingga waktu dzuhur. Jumlah raka'at shalat dhuha bisa dengan 2,4,8 atau 12 raka'at. Dan dilakukan dalam satuan 2 raka'at sekali salam.

Dari 'Aisyah, ia berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya sholat Dluha empat rakaat dan menambah seperti yang dikehendaki Allah. (HR. Muslim).

Dari 'Aisyah, ia berkata: Aku tidak melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dengan tetap melakukan sholat Dluha, tetapi sungguh aku melakukannya dengan tetap. (HR. Muslim)

"Sholatnya orang-orang yang bertaubat itu ketika anak-anak unta merasa panas."

(HR. Tirmidzi)

4. Membaca Al-Quran

(المتعبد بتلاوته) Membacanya sebagai ibadah.

Dalam setiap huruf Al-Qur’an yang kita baca, memiliki nilai ibadah yang tiada terhingga besarnya. Dan inilah keistimewaan Al-Qur’an, yang tidak dimiliki oleh apapun yang ada di muka bumi ini. Allah berfirman (QS. 35 : 29 – 39)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (Al-Qur’an), maka ia akan mendapatkan satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan bahwa Alif Lam Mim sebagai satu haruf. Namun Alif merupakan satu huruf, Lam satu huruf dan Mim juga satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Seseorang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an, kelak ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia dan suci. Dan orang yang masih terbata-bata membacanya lagi berat, maka ia akan mendapatkan pahala dua kali lipat. (HR. Muslim)

Dari Utsman ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya). (HR. Bukhari)

“Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari,kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan didunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: “karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran”. (Hadith diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilanya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), )

5. Zikir ( seperti mathurat,istighfar Dll.)

Wahai ikhwah, sesungguhnya dzikir memiliki pengaruh yang sangat kuat bagi pemuda islam bagi membentuk karakter diri yang dekat dengan Allah Swt,senantiasa berlindung dan berserah diri secara total kepada-NYA,

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman[594] ialah mereka yang bila disebut nama Allah[595] gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”(8:2)

[594]. Maksudnya: orang yang sempurna imannya. [595]. Dimaksud dengan disebut nama Allah ialah: menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakanNya.

Sungguh amat jauh bezanya seseorang yg sentiasa ingat Allah Swt dgn org yg mudah melalaikan-Nya. Ikhwah hendaklah menjadikan dzikir sebagai rutin sehari-hari sehinga kehidupan ini menjadi lebih indah dalam naungan ridha Allah Swt.

Faedah-faedah Dzikir:

1. Meundukkan setan dan menghidupkan hati

2. Dzikir menyebabkan Allah Swt ingat kepada ahlinya dan tidak melupakannya. “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (2:152) [98]. Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.

“Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam dzat-Ku, dan jika ia mengingat-Ku dalam kelompok ramai, maka Aku mengingatnya dalam suatu kelompok yg lebih baik dari mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (59:19)

3. Dzikir membershkan hati dari Dosa

Lalai dari dzikrullah dan memperturutkan hawa nafsu menyebabkan hati ternoda dgn dosa. Adapun cara membersihkan dosa tersebut ialah dengan dzikir,taubat dan istighfar.

“Barangsiapa setiap hari dan malam membaca subhanallah wa bihamdihi seratus kali, maka terhapuslah dosa-dosanya sekalipun dosa-dosanya seperti buih di laut.” (HR.Bukhari,Muslim dan Malik)

4. Dzikir merupakan sarana untuk menurunkan rahmat dari Allah.

“Tidaklah suatu kelompok manusia berkumpul di suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya di antara mereka, melainkan turunlah atas mereka ketenangan, terlindungilah oleh rahmat, mereka dikelilingi oleh para malaikat, dam mereka disebut-sebut Allah di hadapan orang-orang yg ada di sisi-Nya.” (HR.Muslim dan Tirmidzi)

5. Dzikir Menyibukkan Lisan Dari Berbicara Yg Buruk

6. Dzikir Adalah Salah Satu Tanaman Syurga

“Barangsiapa yg membaca subhanallah’azhim wa bihamdihi(Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya), bererti ia telah menana sebuah pohon kurma syurga. (HR.Tirmidzi)

7. Dzikir Merupakan Sarana Untuk Memperoleh Nikmat Dari Allah.

“Barangsiapa membaca la ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syaiin qadir ( tiada Tuhan yg berhak disembah kecuali Allah semata,yg tiada sekutu bagi-Nya. Kepunyaan segala kerajaan dan pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) seratus kali, maka nilainya sama denga memerdekakan sepuluh budak, dicatan baginya seratus kebaikan, dihapus darinya seratus dosa dan ia dijaga dari gangguan syaitan pada pagi harinya hingga petang harinya, dan tidaklah seseorang datang denga membawa sesuatu yg lebih utama dari apa yg dibawanya kecuali seseorang yg mengerjakan lebih banyak dari itu.(HR.Muslim)

8. Dzikir Menjadikan Hati Yang Keras Berubah Lunak

9. Alah Dan Malaikat Berselawat Kepada Ahli Dzikir

Dzikir mengharuskan Allah Swt dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada pelakunya. Dan barangsiapa yg Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kpdnya maka ia benar-benar beruntung dan sukses

“Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (33:41-43)

10. Zikir Menjauhkan Ahlinya dari Sifat Munafiq

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka[364]. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya[365] (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali[366]. “(4:142)

[364]. Maksudnya: Alah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani sebagai melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu. [365]. Riya ialah: melakukan sesuatu amal tidak untuk keridhaan Allah tetapi untuk mencari pujian atau popularitas di masyarakat. [366]. Maksudnya: mereka sembahyang hanyalah sekali-sekali saja, yaitu bila mereka berada di hadapan orang.

“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.”(63:9)

11. Zikir Memberi Keuntungan di Dunia dan Akhirat

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”(62:10)

“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling. Mereka mengikuti majlis-majlis dzikir. Jika mendapatkan suatu majlis yang didalamnya dilakukan dzikir, mereka duduk bersama orang-orang yang berdzikir, sebagian kepada sebagian lain mengapakkan sayapnya, hingga memenuhi apa yang ada di antara langit dan dunia. Apabila mereka telah berpisah mereka terbang dan naik ke langit. Perawi berkata, “Allah bertanya kepada mereka, sedangkan Dia lebih mengetahui tentang mereka. Dari mana kamu sekalian datang?” mereka menjawab, “Kami datang dari para hamba-Mu di bumi, mereka bertasbih (mensucikan-Mu), bertakbir (mengagungkan-Mu), bertahlil (mentahuidkam-Mu) dan memohon kepada-Mu. Di akhir hadits disebutkan: Aku telah mengampuni mereka, memberikan kepada mereka apa yang mereka pinta dan melindungi mereka dari yang mereka berlindung darinya.” (HR. Bukhari) Hadits shahih ini menunjukkan atas keutamaan dzikir berjama’ah, dan dinyaringkan suaranya oleh semua yang berdzikir karena dalam hadits di atas dinyatakan dengan lafazh: Mereka mengingat-Mu, mensucikan-Mu, mengagungkan-Mu dan memuji-Mu dengan lafazh yang jamak (plural). Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi dan Ibnu Hajar berkata, “Yang dimaksud dengan majlis dzikir adalah mencakup dzikir kepada Allah dengan beragam bentuknya, seperti takbir, tasbih dan lain-lain, juga seperti membaca Al-Qur’an, berdo'a meminta kebaikan dunia dan akhirat, membincangkan hadits Nabi, mengkaji ilmu syariat (halaqah) dan menghafalnya, berkumpul untuk melaksanakan shalat sunat dan lain-lain.”

Sunday, March 1, 2009

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
• Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
• Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
• Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam
SiteSearch Google
Google