Ada seekor monyet. Kerjanya panjat pokok kelapa. Satu hari seperti kebiasaan, panjat punya panjat punya panjat, sampailah sang monyet ni di atas pokok kelapa. Ketika di atas pokok kelapa itulah, tiba-tiba datang angin yg sangat kencang, maka sang monyet ni pun berpautlah seerat mungkin, sekuat mungkin dan semampu mungkin pada batang pokok kelapa tersebut,. Usai sahaja tiupan angin kencang diikuti pula dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Angin tesebut melalui sang monyet lantas menyamankan sang monyet. Monyet yang sedang asyik di alun oleh angin nyaman itu perlahan-lahan mengangkat tangannya untuk menikmati kelazatan angin tersebut(macam dalam Titanic). Tanpa disedari dirinya kini berada di atas angin dan BOM. Sang monyet jatuh ke atas tanah.
Pengajaran : JANGAN JADI MONYET.
Itulah kita diibaratkan, apabila berada di jalan dakwah ini segala macam ujian pasti akan datang menimpa. Bilamana kita diuji dengan kesempitan, kesusahan dan ketakutan, sudah tentu kita akan berpaut dengan kuat dan kukuh pada tali Allah. Tapi apabila kita diuji dengan kesenangan, kelapangan dan kemewahan, dalam sekelip mata kita boleh jatuh dan gugur dari medan dakwah ini. Walhal nikmat dunia yang dikecapi itu hanyalah bersifat sementara sahaja.
Muhasabah balik diri kita, dimanakah kita ini. Apakah tujuan sebenar kita berpenat lelah melakukan segala kerja-kerja berprogram dan usrah ini. Adakah kerana suruhan naqib, atau adakah kerana telah menjadi rutin kita untuk membawa usrah setiap minggu, atau adakah kerana bagi mengisi masa lapang.
Ingatlah sahabatku sekalian, tetapkanlah hati kalian untuk melakukan sesuatu itu atas dasar tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh tuan kita, Allah. Maka ikhlaskan diri untuk melakukan yang terbaik untukNYA. Bukanlah diri kita ini akan sentiasa ikhlas untuk melakukan setiap amal, tetapi cuba untuk mengikhlaskan diri setiap kali teringat.
Manusia itu diciptakan bersifat lupa.
Melayu mudah lupa.
Ada 2 kali kenyataan lupa bagi diri kita ini. Jadi tidak hairanlah jika kita kadang-kadang lupa untuk mengikhlaskan diri, tetapi BERUSAHALAH untuk ikhlas dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Jika diberi peluang untuk memInta sesuatu yang pasti dimakbulkan, mintalah untk DIIKHLASKAN DIRI DALAM SETIAP PERKARA.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment